Thursday, September 28, 2006

Lihatlah kegagalan saya


Ini adalah kisah SOICHIRO HONDA, orang yang berjaya membangunkan jenama honda.

Cubalah perhatikan kenderaan yang melintasi jalan raya. Pasti, mata anda akan nampak jenama Honda, baik berupa kereta mahupun motosikal. Jenama ini sentiasa ada dijalanraya, betul bukan?

Namun, pernahkah anda tahu, orang mendirikan "kerajaan" Honda - Soichiro Honda - selalu dirundung kegagalan sebelum dia benar-benar berjaya. Dia bukanlah seorang jurutera. Di zaman persekolahan dia bukanlah pelajar yang cemerlang.

Ketika merintis perniagaannya Soichiro Honda selalu diliputi kegagalan. Ia sempat jatuh sakit, kehabisan wang dan dia juga pernah dibuang sekolah. Namun dia terus bermimpi dan bermimpi...

Minatnya yang mendalam kepada mesin, mungkin 'warisan' dari ayahnya yang membuka bengkel membaiki peralatan pertanian, di kampung Kamyo, daerah Shizuko, Jepun Tengah, tempat kelahiran Soichiro Honda. Di bengkel, ayahnya selalu memberikan ia tugas mencabut paku. Dia juga sering bermain di tempat pengisar padi dan selalu memerhatikan mesin diesel yang menjadi motor penggeraknya.

Di situ, lelaki kelahiran 17 November 1906, ini dapat berdiam diri berjam-jam. Di usia 8 tahun, dia pernah mengayuh basikal sejauh 10 batu, kerana hanya ingin menyaksikan pesawat terbang.

Ternyata, minatnya yang mendalam pada mesin, tidak sia-sia. Ketika usianya 12 tahun, Honda berjaya menciptakan sebuah basikal baru. Tetapi, dia tidak bermimpi menjadi usahawan otomotif. Dia sedar yang dia berasal dari keluarga miskin. Apa tah lagi matapelajaran fiziknya lemah, dia juga tidak tampan, sehingga membuatnya rendah diri.

Di usia 15 tahun, Honda hijrah ke Jepun, bekerja Hart Shokai Company. Majikannya, Saka Kibara, sangat senang melihat cara kerjanya. Honda teliti dan cermat dalam soal mesin. Setiap suara yang mencurigakan, setiap minyak pelincir yang bocor, tidak akan terlepas dari perhatiannya. Enam tahun bekerja disitu, menambah wawasannya tentang permesinan. Akhirnya, pada usia 21 tahun, majikannya bercadang membuka suatu cawangan di Hamamatsu. Tawaran ini tidak ditolaknya.

Di Hamamatsu prestasi kerjanya tetap baik. Ia selalu menerima peralatan rosak yang ditolak oleh bengkel lain. Kerjanya pun cepat memperbaiki peralatan mesin pelanggan sehingga berjalan kembali. Karena itu, waktu kerjanya larut malam, dan terkadang sampai subuh. Otak geniusnya tetap kreatif. Pada zaman itu, jari-jari roda kenderaan terbuat dari kayu, hingga tidak baik menyerap hentakan. Dia kemudiannya menggantikan ruji-ruji itu dengan logam. Hasilnya luarbiasa. Ruji-ruji logamnya dikeluarkan dengan banyak, dan diekspot ke seluruh dunia. Di usia 30, Honda menandatangani patennya yang pertama.

Setelah menciptakan ruji, Honda ingin keluar dan mempunyai syarikat perniagaan sendiri. Ia mula terfikir, kepakaran dalam bidang apa yang dipilih? Kemudian dia terarah kepada pembuatan Ring Piston, yang dihasilkan oleh bengkelnya sendiri pada tahun 1938. Sayang, hasil kerjanya itu ditolak oleh Toyota, kerana dianggap tidak memenuhi standard. Ring buatannya tidak lentur, dan tidak laku dijual. Akibatnya rakan-rakan niaganya menarik diri.


Kerana kegagalan itu, Honda jatuh sakit cukup serius. Dua bulan kemudian, kesihatannya pulih kembali. Ia kembali bekerja bengkelnya. Tapi, soal Ring Piston itu, belum juga ada penyelesaiannya. Demi mencari jawaban, ia menghadiri kelas lagi untuk menambah pengetahuannya tentang mesin. Siang hari, setelah pulang dari kelas - pagi hari, dia terus ke bengkel, mempraktikan pengetahuan yang baru diperoleh. Setelah dua tahun menjadi mahasiswa, ia akhirnya dikeluarkan kerana jarang mengikuti kuliah.

Berkat kerja kerasnya, rekabentuk Ring Piston-nya diterima. Pihak Toyota memberikan kontrak, sehingga Honda berniat mendirikan kilang. Tetapi malangnya, niatnya itu terputus di tengah jalan. Jepun, kerana bersiap sedia untuk berperang, maka tiada dana modal disediakan kepada pengilang. Dia tidak putus harapan. Dia cuba mendapatkan modal dari pelabur-pelabur yang berminat dan berjaya mendirikan kilang. Malangnya setelah perang meletus, kilangnya terbakar dua kali.

Namun, Honda tidak patah semangat. Dia terus mengumpulkan dana untuk kilangnya. Pernah dia mengutip sisa-sisa kapal perang Amerika untuk mendirikan kilangnya. Malang menimpa sekali lagi. Gempa bumi meletus dan meranapkan kilangnya. Akhirnya Hodna memutuskan untuk menjual hasil ciptaannya kepada Toyota. Setelah itu, Honda mencuba beberapa usaha lain. Sayang semuanya gagal.

Akhirnya, tahun 1947,setelah perang Jepun kekurangan bahan bakar. Keadaan ekonomi Jepun sangat teruk. Sehingga Honda pernah cuba menjual keretanya untuk membeli makanan bagi keluarganya.Dalam keadaan terdesak, ia memasang motor kecil pada basikalnya. Siapa sangka, "basikal bermotor" itu diminati oleh para jirannya. Mereka membuat tempahan yang banyak, sehingga Honda kehabisan stok. Disinilah, Honda kembali mendirikan kilang motor. Sejak itu, kejayaan tidak pernah lepas dari tangannya.

Soichiro Honda mengatakan, janganlah melihat kejayaannya di dalam industri automitif. Tapi lihatlah kegagalan-kegagalan yang dialaminya. "Orang melihat kejayaan saya hanya satu peratus. Tapi, mereka tidak melihat 99% kegagalan saya", katanya. Ia memberikan semangat ketika Anda mengalami kegagalan, iaitu mulailah bermimpi, mimpikanlah mimpi baru dan berusahalah untuk merubah mimpi itu menjadi kenyataan.

Kisah Honda ini, adalah contoh bahawa kejayaan itu boleh dikecapi seseorang dengan apa yang ada disekelilingnya, tidak bijak di sekolah, ataupun berasal dari keluarga miskin. Jadi kenapa kita putus asa, bersusah hati mengenangi nasib dan kegagalan. Terus bangun dan teruslah berusaha, lihatlah Honda yang menjadi “Raja” di jalanraya.


5 Resepi kejayaan Honda :

1. Selalulah bercita-cita tinggi dan berjiwa muda.

2. Hargailah teori yang anda fikirkan, temukan gagasan baru, khususkan waktu memperbaiki kelemahan.

3. Cintailah pekerjaan anda.

4. Carilah irama kerja yang lancar dan harmonis.

5. Selalu ingat pentingnya penelitian dan kerjasama.

No comments:

Post a Comment