Tuesday, June 19, 2007

3 Perkara Kabulkan Doa

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan Al Basri berkata:"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"
"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."

Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.
"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.
"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.
"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".

Pengajaran :
3 syarat doa terkabul ialah :
1-Bersihkan harta dari yang haram.
2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
3-Bertaubat selalu.

Monday, June 18, 2007

Jadikan hari anda lebih produktif


Hari ini saya demam dan selsema. Mungkin akibat terkena hujan petang kelmarin. Jadi tak dapat nak ke mana-mana. Di dalam pada itu juga beberapa call dari downline dan client yang bertanyakan beberapa perkara.
Hendak ke office dengan hidung yang over flow ini, terasa malas pula. Tetapi saya akan melakukan sesuatu yang lebih santai iaitu menulis dan berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat untuk kita semua.


Jadikan hari anda lebih produktif. Itulah tajuk yang saya hendak tulis hari ini. Cuba fikir sejenak. Adakah anda hari ini lebih baik dari semalam atau kelmarin? Apakah anda lebih produktif dari hari sebelumnya? Adakah ianya lebih buruk dari semalam? Cuba fikir dan jawablah dengan jujur.


Dari seorang perunding 'senior', beliau selalu berkata, hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Dan lusa mesti lebih baik dari esok.


Sebagai seorang perunding unit amanah, maksudnya ialah kita mesti lebih produktif dari hari ke hari berikutnya. Dengan perkataan lain, jadual anda seharusnya sibuk dengan call ataupun pertemuan dengan bakal pelanggan ataupun pelanggan yang sedia ada.


Seorang perunding dari kumpulan saya memegang satu falsafah yang mungkin pelik iaitu, "jadikan diri anda sentiasa sibuk, sebab ramai orang suka berurusan dengan orang yang sibuk". Saya kurang nampak kebenaran kata-kata itu, tetapi kesibukan dia telah menjadikan seorang perunding yang hebat. 'sale' peribadi bulanan yang tinggi sekitar RM200k sebulan. Jikalau tiada apa-apa yang hendak dibuat, dia mencari apa-apa sahaja no. telefon dan membuat 'cold call'. Apa yang saya lihat dia mendapat no. telefon dari buku panduan telefon, risalah (flyer), banner (bunting) atau apa-apa sahaja, semua no. telefon dimanfaatkannya.


Itu salah satu cara menjadi lebih produktif. Cara-cara yang lain ialah, buatkan jadual harian anda. Rancangkan masa atau hari anda. Bagi anda yang menjadi perunding part time, rancangkan waktu selepas kerja anda. Anda mungkin berkata, mereka yang menjadi guru mungkin lebih banyak masa untuk tujuan ini. Biar saya tunjukkan satu contoh lain seorang 'part timer' sebagai perunding, bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat di Sg petani, yang waktu kerjanya tamat sekitar 5.30 petang. Tetapi waktu selepas kerjanya yang pendek itu bukan alasannya untuk tidak bertemu bakal pelanggannya. Setiap petang ada sahaja orang yang ditemuinya. Rupa-rupanya ramai orang yang suka berurusan selepas waktu kerja. Jadi ambil kesempatan ini, bertemulah pelanggan selepas waktu kerja.


Katakan anda sibuk dengan keluarga. Adalah mustahil setiap petang anda akan bersama mereka. Bukankah anda membuat part time ini juga untuk kebaikan mereka? So, cuba bahagi-bahagikan masa.
Saya pernah membuat temujanji dengan bakal pelanggan selepas sembahyang isyak. Ada di restoren dan ada juga dirumah mereka. Kebanyakan mereka gembira dengan servis yang saya berikan. Kata mereka, saya ini seperti bank, tetapi saya bank yang bergerak dan pergi ke rumah mereka dan berurusan di luar waktu kerja. Alangkah bagusnya bank seperti ini. Bukankah ini peluang anda?


Apa pun untuk berjaya, jangan jadi alasan sebagai batu penghalang anda.

Quote of the Day

"Our greatest weakness lies in giving up. The most certain way to succeed is always to try just one more time"
-- Thomas Edison, inventor--