Friday, October 13, 2006

Jika ada kemahuan

Kata orang, Jika ada kemahuan, di situ ada jalannya. Sekiranya kita mahukan sesuatu maka kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Tidak kira perkara itu susah atau senang, pastinya kita bekerja tanpa jemu untuk mendapatkannya. Akhirnya kita berjaya mendapatnya. Walaupun kadang kala perkara tersebut nampak terlalu susah atau mustahil pada peringkat awalnya. Itulah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Di dalam kumpulan agency saya, ramai yang menjadi perunding part time sahaja. Maksudnya mereka mempunyai pekerjaan tetap yang lain dan menjadikan perunding unit amanah ini sebagai kerja sambilan sahaja. Dan kebanyakan mereka biasanya tidak begitu serius dalam bidang ini walaupun mereka tahu, bidang ini menjanjikan pendapatan yang lebih baik dari pekerjaan tetap mereka. Alasannya ialah sibuk dan tidak ada masa.

Percaya atau tidak jika saya katakan itu cuma alasan dan bila terlalu berkali-kali menyatakannya, maka anda sendiri percaya bahawa yang anda sememangnya sibuk dan tiada masa untuk sesuatu yang lain.

Untuk itu saya ingin berkongsi satu cerita mengenai seorang perunding di dalam kumpulan saya. Beliau telah hampir dua tahun menjadi perunding, itu pun secara sambilan sahaja. Pekerjaan tetap beliau ialah seorang pengurus disebuah syarikat besar dan terkenal di Malaysia. Sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Tugas beliau ialah menguruskan dan mentadbirkan aktiviti syarikat dari Ipoh sehingga ke Langkawi (northern region). Beliau seorang yang sangat sibuk, meeting di sana-sini, sentiasa melawat ke banyak tempat operasi.

Sebagai perunding, beliau berada di tahap Agency Supervisor (AS). Walaupun sibuk dengan tugas rasmi syarikatnya, beliau masih berjaya membuat jualan yang banyak dan pastinya lebih besar berbanding perunding sepenuh masa. Waktu lapang dan hari minggunya penuh dengan temu janji bersama pelanggan. Kini beliau sedang giat membina asas pelanggan yang cukup besar. Percaya atau tidak, setakat ini pendapatannya sebagai perunding ialah sekitar RM7,000 sebulan. Itu baru part time sahaja berbanding dengan gaji tetapnya sekitar RM4,500 sebulan. Kalau dicampur semua, dia memperolehi RM11,500 sebulan, suatu jumlah yang hebat bukan? Ini belum termasuk Bonus Hujung Tahun dan Career Benefit lagi. Anda boleh kira sendiri, berapa yang dia perolehi. Dia juga telah layak untuk lawatan keluar negara tahun hadapan.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, kenapa tidak kita bina kemahuan yang tinggi di dalam diri anda untuk mencapai sesuatu. Fokus dengan apa yang sedang anda lakukan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Percayalah, masa akan menentukan bila anda akan mendapatinya.

No comments:

Post a Comment