Tuesday, December 18, 2012

Tahun 2103 datang dengan tuah

Salam sejahtera UTC semua.
Apakhabar anda semua? Sudah anda bersedia menyambut tahun baru 2013 yang penuh dengan keberkatan ini? Mahukah anda percaya jika saya katakan tahun 2013 ini bakal datang dengan membawa rezeki yang melimpah ruah. Tahun yang membawa kekakayaan untuk sesiapa yang mahu. Percayalah. Be positive! Pernahkah anda mengikuti lawatan keluar negara yang dianjurkan oleh Public Mutual. Lawatan dan layanan 5 bintang yang pastinya anda tidak dapat melupakannya. Apatah lagi jika anda dapat pergi ke sana bersama kempulan UTC anda sendiri. Alangkah seronoknya. Yang penting sekali ianya PERCUMA. Untuk tahun 2013, terdapat 4 lawatan keluar negara seperti berikut: (ini adalah jualan peribadi dalam RM) 1) Lawatan ke Ho Chi Minh City, Vietnam ----- min sale RM900k 2) Lawatan ke Korea -------> min sale RM1.5 juta 3) Lawatan ke Istanbul, Turkey -------> min sale RM2.875 juta 4) Lawatan ke Madrid/Barcelona - Spain ------------> min sale RM5.6 juta Seperti yang saya nyatakan di atas, alangkah seronok jika kita dapat pergi bersama-sama. PERCUMA. Saya ingin mengajak anda semua bukan pergi ke Vietnam, tetapi kita semua ke Istanbul, Turkey. Bolehkah anda layak di dalam kempen tersebut? Ianya bukan mustahil. Saya akan menyatakan caranya. Untuk mencapai kelayakan lawatan ke Istanbul, Turkey, anda kena membuat jualan terkumpul sebanyak RM2.875 juta atau mudahnya katakan ianya RM2.9 juta. Sekali pandang RM2.9 juta memang besar dan semacam mustahil untuk mencapainya. Jom saya tunjukan caranya. Pertama sekali, percayalah ianya bukan mustahil kepada anda. RM2.9 juta bukanlah besar angkanya. Tahukah anda seorang UTC dari Bangsar yang bernama Shaari Anuar, telah membuat sale peribadi sebanyak RM10 juta sehingga setakat November 2012 (terkumpul sejak dari awal tahun 2012). Sebenarnya bukan dia seorang sahaja membuat sale sebegitu rupa, ada ramai lagi yang membuat sale yang besar-BESAR dan sumbernya hanya dari skim KWSP sahaja. Maksud cerita ini, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Mahu buat atau tidak, itu sahaja! Kedua, mungkin angka RM2.9 juta terlalu besar dan 'gayat' untuk kita capai. Apa kata, kita pecahkan nilai RM2.9 juta kepada angka yang lebih kecil. Katakan dalam tahun 2013 ini kita semua bekerja membuat sale hanya selama 10 bulan sahaja. Bulan yang pertama kita bercuti ialah bulan ramadhan di mana kita menumpu aktiviti kepada ibadah puasa dan seumpamanya. Bulan yang ke 2 ialah bulan December, dimana semua sale kita telah mencukupi atau kita hanya sekadar bekerja sambil santai menokok tambah yang mana masih kurang. Di dalam 10 bulan ini, kita hanya bekerja membuat sale hanya dalam 20 hari sahaja. 10 hari lagi kita bercuti. Sempoikan? Ok? Setiap hari kita perlu close sale sebanyak RM15k. Jika seorang customer menyumbangkan RM5k sale, maka kita perlukan seramai 3 orang customer setiap hari. Tetapi apa kata jika kita dapatkan lebih dari itu. Jika perkara di atas yang anda lakukan, dalam sebulan anda telah membuat sale sebanyak RM300k sebulan. tips: di dalam bulan jan - april syarikat menganjurkan 'kempen kickstart'. Maka di dalam masa 4 bulan ini, berusaha keras sedaya upaya mendapatkan sale seperti yang dirancangkan ini. Jika setiap bulan kita berjaya membuat RM300k, maka dalam masa 4 bulan, kita telah berjaya membuat RM1.2 juta sale. Kempen kickstart ini berfunsi begini, anda akan mendapat tambahan lagi mata ganjaran NSC sebanyak 25%, maka tambahan mata sebanyak RM300k lagi. Dan syarikat juga sudi menambahkan lagi RM330k untuk anda. Jumlah keseluruhan ialah RM1.830 juta. Jika tadi untuk ke istanbul, kita perlukan sebanyak RM2.9 juta sale, maka bakinya hanya tinggal lagi RM1.07 juta sahaja. Masa yang kita ada lagi ialah 6 bulan lagi. Maka bahagikan jumlah ini dengan 6, lalu setiap bulan kita perlukan RM178,333.33 sale bulanan. Mungkin ia nampak seperti angka yang besar. Maka bahagikan kepada 20 hari bekerja setiap bulan. Maka setiap hari anda hanya close sale sebanyak RM8,917 sahaja. Kenapa tidak jika kita close sale RM10k setiap hari. Mudahkan? Masih nampak sukar? Biar saya nyatakan satu rahsia besar dalam perniagaan ini. "Keluarlah dari tempat persembunyian anda, sebarkan berita baik ini, carilah customer sedaya upaya, gunakan segala usaha, kepakaran dan kreativiti anda" Saya masih ingat UTC Shaari Anuar tadi ada mengatakan, "nyatakan dan bisikan kepada diri anda, bahawa kehadiran kita adalah sangat penting kepada seseorang pelabur, sebagaimana penting mereka kepada kita". Mungkin anda pernah mendengar ada UTC yang berkata, "nasib saya tidak begitu baik" Suatu perkara yang perlu anda tahu ialah, nasib anda akan menjadi lebih baik jika anda berusaha lebih kuat. Anda akan mengubah segalanya. Jika hari ini, nasib anda dan cara hidup anda biasa-biasa sahaja seperti ini, apakah anda mahu ia tetap juga seperti ini pada hujung tahun hadapan, 2 tahun dari sekarang atau 5 tahun dari sekarang. Tahun 2013 akan menjelma tidak lama lagi, malah sudah tinggal beberapa hari lagi. Tahun 2012 akan berlalu pergi. Anda ingin mengubah masa hadapan anda atau tidak, tahun 2012 tetap berlalu dan tahun 2013 akan menjelma. Adakah anda mahu membiarkan sahaja apa yang akan terjadi, atau anda ingin merebut peluang. Fikirkanlah, sesiapa pun boleh menjadi UTC di public mutual berhad. Tetapi tidak semua akan UTC yang hebat, kecuali mereka yang mahukan menjadi HEBAT! Lawatan ke Istanbul, Turkey, jadikan perkara ini cabaran kepada diri anda. Buatlah perancangan dengan rapi. Dan berusahalah untuk mencapainya. Kita penuhkan kapal terbang dengan rakan UTC kita. Alangkah hebatnya detik itu. Ingatlah kata bijak pandai, "orang bukannya membuat rancangan untuk gagal, tetapi gagal membuat perancangan". ketahuilah di dalam dunia ini ada 3 jenis manusia; 1) Mereka yang membuat sesuatu perkara itu terjadi 2) Mereka hanya melihat sahaja sesuatu perkara itu terjadi 3) Mereka kerap kali terkejut, dan berkata "Apa yang telah terjadi!" Jom kita buat pilihan, kita hendak termasuk di dalam kategori yang mana 1?

Wednesday, September 26, 2012

Membina perniagaan yang stabil

Salam semua consultant. Lama benar saya tidak menulis di sini. Agak-agak dah hampir setahun yang lalu. Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri 'business talk' yang dianjurkan oleh Public Mutual cawangan sungai petani. Walaupun ia hanya sessi yang pendek, sekitar 2 jam tetapi banyak yang boleh saya kutip dan ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua. Speaker seorang GAM dari kelantan yang bernama En. Azakri (kalau tidak silap) dari negeri Kelantan. Dia anak buah kepada GAM Wong Kian Meng dari Kelantan juga. Banyak yang dikongsikan pada hari tersebut. Tetapi kesimpulan yang boleh saya buat ialah untuk stabil dan terus berjaya di dalam perniagaan ini, anda mesti melakukan 3 perkara utama secara berterusan. Pertama ialah buat sale atau buat jualan. Inilah punca pendapatan anda sebagai seorang ejen atau consultant. Jangan sesekali berhenti dari membuat jualan walau apa pun rintangan yang mendatangi anda. Rintangan yang saya maksudkan termasuklah 'rejection', malas, pasaran saham/ekonomi jatuh dan apa sahaja. Jualan mesti diteruskan. Yang kedua ialah membuat 'recruitment'. Tidak kira anda berada di level mana, anda mesti melantik ejen baru setiap bulan. Boleh anda bayangkan jika setiap bulan anda melantik ejen baru, dan setiap ejen baru membuat perkara yang sama itu melantik juga ejen baru yang lain, maka di dalam masa setahun ada sudah memilik MEGA AGENCY yang cukup hebat. Saya sudah membuat pengiraan, di dalam masa setahun anda akan mempunyai seramai 4,096 orang ahli di dalam ejensi anda. Dan di dalam public mutual, belum ada agency yang sebesar ini. Kenapa tidak kita cuba pecahkan rekod ini? Sebelum itu, pertanyaan saya bolehkah anda congak berapakah jumlah pendapatan anda jika mempunyai ejensi sebesar itu? Katakan setiap orang membuat 'sale' hanya sebanyak RM5,000 sahaja termasuk anda sendiri. Maka jumlah 'sale' ialah RM20,480,000.000 sebulan. Dengan mengambil anggaran nilai overriding sebesar 0.2% sahaja (tidak kira di mana level anda) maka pendapatan bulanan ialah sekurang-kurangnya RM40,960 sebulan. Ini belum termasuk Career Benefit yang sedang menunggu anda lagi. Pun begitu, percayalah kepada, membuat jualan sebanyak RM5,000 sebulan terlalu kecil dan mudah bagi kebanyakan ejen. Boleh anda kira jika setiap ejen membuat jualan purata sekitar RM50,000.00 atau RM100,000.00? Tentulah pendapatan yang diperolehinya lebih besar bukan? Yang seterusnya ialah servis. Servis pelanggan anda dan servis ejen di dalam kumpulan anda. Tidak kira apa keadaan sekalipun, jangan tinggalkan pelanggan atau ahli kumpulan anda. Inilah 3 perkara penting yang mesti anda lakukan untuk memperolehi 'income' yang stabil di dalam perniagaan ini. Di dalam sessi 'talk' ini juga Azakri juga menyentuh seoran GAM dari Muar, Johor yang telah meninggal dunia dan mewariskan Career Benefit kepada anaknya sebanyak RM40,000.00 setiap bulan. Bolehkah anda bayangkan perkerjaan apakah yang meninggalkan pencen sebanyak itu? Jadi apakata, mulai sekarang kita bersama-sama membuat perancangan dan mengambil tindakan membina MEGA AGENCY. Janganlah bertangguh lagi membiarkan masa terbuang atau memberikan alasan 'orang lain' bolehlah dia ada itu dan ada ini. Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, suka saya mengatakan kita semua mempunyai masa yang sama sahaja setiap hari iaitu 24 jam seorang. Jadi orang yang berjaya merancang perjalanan masa mereka dengan sebaik mungkin.

Wednesday, December 28, 2011

Memperolehi komisyen yang konsisten



Apakhabar semua?

Saya pernah berjanji pada seminggu yang lalu untuk mendedahkan rahsia ke dua memperolehi komisyen yang 'lumayan' dan stabil/konsisten sepanjang masa. Sebelum itu telah saya dedahkan di dalam email saya lepas bagaimana anda boleh memperolehi komisyen yang hebat walaupun tanpa membuat 'sale' sepanjang masa, iaitu teknik 'meramaikan' ahli kumpulan jualan anda. Semakin ramai ejen di dalam kumpulan anda, maka semakin banyaklah 'income' bulanan anda. Bukan setakat RM3,000 atau RM5,000 sebulan. Malah anda akan menikmati 'income' RM15,000 bahkan RM30,000 sebulan. Itu adalah rahsia yang pertama.

Yang keduanya ialah, membuat jualan 'standing instruction (SI)' atau 'Direct Debit Instruction (DDI)' ataupun potongan terus ke akaun pelaburan anda. Maksudnya, anda mendapat pelanggan yang membuat potongan terus dari akaun bank mereka ke dalam akaun pelaburan. Ini bermakna, pada setiap bulan pihak bank akan secara automatik akan memindah wang dari akaun simpanan/semasa mereka ke dalam akaun pelaburan di Public Mutual. Ia juga bermakna anda membuat 'kerja' anda sekali sahaja, tetapi jualan anda akan berlaku setiap bulan selama bertahun-tahun. Jadi 'kerja' anda menjadi lebih mudah. Pada mulanya anda perlu bertemu pelanggan, menerangkan faedah atau kebaikan kaedah ini, mengisi borang untuk mereka dan menyerahkan di Public Mutual. Itu sahaja. Mudahkan bukan? Dan biasanya potongan ini nampak sedikit sahaja, iaitu sekitar RM100 sebulan bagi seorang pelabur. Adanya juga ketikanya anda akan bertemu pelabur yang membuat potongan sebanyak RM500 sebulan, tetapi jangan terkejut jika anda berusaha lebih kuat, anda mungkin bertemu pelabur yang membuat potongan melebihi RM1,000 sebulan. Bagi yang membuat potongan RM100 sebulan, mungkin ianya nampak sedikit bagi anda, tetapi impaknya sangat hebat jika anda memperolehi ramai pelanggan seperti itu. Contohnya jika anda memperolehi 100 orang pelanggan seperti itu, bermakna anda sudah mempunyai jualan bulanan sebanyak RM10,000 secara automatik setiap bulan. Biar saya katakan saya pernah bertemu dengan seorang perunding yang mempunyai jumlah pelaburan 'cash' seperti ini sebanyak RM30,000 setiap bulan. Hebat bukan? Dan tidak mustahil, jika anda memperolehi pelaburan automatik seperti ini sebanyak RM50,000 atau RM100,000 setiap bulan.

Tetapi bagaimanakah caranya? Biasanya, apabila mencari pelanggan seperti ini kita akan menerangkan faedah perancangan pelaburan untuk pendidikan anak-anak atau persaraan. Ataupun anda boleh membantu mereka membuat perancangan pelaburan untuk percutian keluar negara atau menunaikan fardhu haji. Terpulanglah kepada anda, yang penting anda mesti kreatif.

Bagi saya sendiri, saya amat gemar dengan perancangan pelaburan untuk pendidikan anak-anak dan persaraan. Biar saya berkongsi satu tips dengan anda. 'pocket calculator' yang disediakan oleh public mutual boleh dijadikan sebagai kit jualan yang sangat berkesan. Saya ulangi, ianya senjata yang "sangat berkesan". Malah anda juga boleh membuat salinan fotostat di atas kertas A4 supaya lebih jelas atau 'murah'. Apabila bertemu pelanggan, tunjukkan 'calculator' ini kepada mereka. Terangkan cara-cara menggunakannya. Tunjukkan berapakah potensi pendapatan pelaburan mereka. Sarankan mereka untuk mengisi borang pelaburan diwaktu itu juga.

Bagaimana pula dengan 'jenis pelanggan'? Ada ejen yang suka atau gemar mencari pelanggan yang berkerjaya hebat atau 'high profile' untuk tujuan ini. Seperti engineer, konraktor, manager, doktor ataupun pemilik syarikat yang berjaya. Saya pernah lihat seorang ejen menunjukkan potongan tetap seorang doktor sebanyak RM500 sebulan bertahun-tahun lamanya tanpa tertunggak langsung. Baguskan? Tetapi saya sendiri hanya mempunyai pelanggan kecil-kecilan untuk tujuan ini. Saya ada seorang yang berniaga sendiri kecil-kecilan, tetapi membuat potongan RM100 sebulan ke atas setiap orang anaknya yang berjumlah 4 orang. Bermakna, darinya saya sudah memperolehi RM400 sebulan. Saya juga mempunyai seorang tukang gunting rambut yang membuat potongan RM200 sebulan. saya juga mempunyai beberapa orang 'operator pengeluaran di kilang' yang membuat potongan RM50 sebulan (inilah kes yang paling lama di mana pada suatu ketika dulu dana Public Ittikal boleh ditambah minima RM50 setiap kali). Saya juga mempunyai pelanggan dari peniaga kedai makan ditepi jalan dengan RM100 sebulan. Dan sudah tentunya kes-kes seperti ini menjadi begitu mudah, sebab secara automatik saya mempunyai 'sale' tunai setiap bulan. Apabila anda mempunyai kes-kes atau pelanggan seperti ini, 'jagalah' mereka dengan baik. Sesekali atau 6 bulan sekali bertemulah dengan mereka, menerangkan kedudukan pelaburan mereka. Sudah tentu mereka gembira kerana merasakan mereka dihargai oleh anda. Satu lagi untuk mendapatkan pelanggan seperti yang yang ramai bilangannya, cuba buat 'target' untuk dicapai, misalnya 5 orang pada setiap bulan. Jika anda berjaya, dalam masa setahun anda sudah mempunyai 60 orang pelanggan seperti ini. Tetapi cukupkah dengan jumlah angka kecil ini? Apakata jika 10 orang atau lebih setiap bulan?

Saya merasakan cukup setakat ini dulu saya menulis. Saya harap kita semua faham akan agenda tahun baru 2012. Tahun baru ini kita akan membuat perubahan yang besar. Tahun baru 2012 akan menjadi lebih baik dari tahun 2011. Pada tahun 2012 ini kita mempunyai agenda yang besar di dalam perniagaan ini. Pertamanya kita akan memperbesar kumpulan ejensi kita. Besar yang sebesar mungkin. Setiap orang akan memiliki bilangan ejen yang besar, membina kumpulan ejensi masing-masing. Semakin besar ejensi kita, semakin besar duit yang akan masuk poket kita. Yang kedua ialah meningkatkan jualan 'SI' atau 'DDI'.

Ada satu lagi rahsia yang saya akan kongsikan dengan anda semua. Saya akan menulis lagi selepas ini. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang.

Zaihar
Group Agency Manager
Public Mutual Berhad
Cawangan Sungai Petani
016-4320133
http://zaiharm.blogspot.com/

Thursday, December 22, 2011

kenapa komisyen saya kurang?


Lama saya tidak menulis di sini. Hanya sesekali sempat saya buka dan check email. Sibuk benar saya sepanjang tempoh 2 bulan terakhir tahun 2011.

Ok, baiklah. Saya menerima banyak perntanyaan dari ejen atau perunding yang mengatakan mereka mendapat 'income' yang kurang sebagai perunding di public mutual yang akhirnya menyebabkan mereka semakin slow dan akhirnya 'mati' begitu saya. Saya sepatutnya berkongsi rahsia besar ini lama dulu. Tetapi disebab terlupa, ianya tersimpan begitu sahaja? Sebenarnya di dalam kerjaya sebagai unit trust consultant ini kita tidak boleh membuat kerja membuta tuli tanpa mengetahui rahsia bagaimana ejen-ejen lain menjadi begitu hebat mendapat komisyen yang besar, sedang kita tidak. Disebabkan kita tidak mendapat komisyen yang besar maka kita terpaksa membuat satu atau 2 pekerjaan lain atau meninggalkan terus kerjaya yang memberi income yang hebat ini. Kenapa? Adakah pernah kita berhenti seketika dan bertanya hal ini.

Jom, biar saya beritahu anda semua. Anda sebenarnya berada di 'lubuk' wang. Cuma adakah kita nampak wang itu, sama ada mahu merebut peluang ini atau tidak? Cuba ingatkan kembali, apakah niat kita sewaktu kita mula-mula menyertai public mutual dulu. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, kita ingin mencari pendapatan yang lebih atau yang lebih besar. Tetapi apabila menyertainya kita semakin lupa bila 'income' yang diharapkan tidak seberapa.

Inilah rahsia besar yang mendatang income yang besar atau komisyen yang lebih BESAR. Saya akan mendedahkan rahsia ini demi kebaikan semua ejen. Dengan rahsia ini anda bukan sahaja mendapat 'income' besar diwaktu membuat 'sale', malah di waktu anda tiada 'sale' langsung, anda masih menikmati 'income' yang besar. Inilah tujuan tulisan saya kali ini, supaya setiap ejen memperolehi 'income' hebat setiap bulan. Rahsianya;


Pertama:
Mungkin anda beranggapan untuk mendapat 'income' yang besar, anda perlu membuat 'sale' yang besar. Jika ini anggapan anda, ia adalah benar tetapi bukanlah 100% benar dan sentiasa benar. Membuat sale yang besar hanyalah memberikan 'income' besar yang sementara sahaja. Cuba lihat berapa ramai ejen-ejen yang sentiasa berjaya membuat 'sale' yang besar kemudiannya tiada lagi 'sale' yang besar dan akhir senyap, 'mati' begitu sahaja.

Rahsia pertamanya ialah, SENTIASA MEREKRUT EJEN BARU. Ya benar, anda perlu sentiasa merekrut ejen baru. Sentiasa atau sepanjang masa. Besarkan kumpulan ejensi anda sendiri sebesar yang mungkin. Tidak kiralah di level mana anda berada, sama ada UTC, AS, AM atau GAM. Jangan lupa peraturan pertama atau rahsia no. 1 ini. Mungkin anda sedar bahawa mengikut 'rule' di Public Mutual anda hanya boleh merekrut maksima seramai 49 orang ejen di bawah anda. Ini tidak menjadi masalah. 49 orang bermaksud hanya ejen yang 'direct' dengan anda. Katakan anda merekrut maksima 49 orang ejen, dan setiap ejen anda juga boleh merekrut 49 orang ejen. Begitulah seterusnya. Wah! besar sekali angkanya.

Katakan jumlah keseluruhan ejen di bawah anda ialah 100 orang, setiap orang membuat purata 'sale' hanya sebanyak RM30,000 sahaja. Maka jumlah 'sale' kumpulan anda ialah RM3 juta sebulan. Dengan 'overriding' 0.2% (katakan kes KWSP), maka 'income' ialah RM6,000. Ini belum termasuk jualan peribadi dan CB lagi. Mungkin anda berkata ini jumlah yang kecil.

Katakan jumlah ejen kumpulan anda ialah 300 orang dan jualan purata bulanan ialah RM30,000 setiap ejen. Maka jumlah 'sale' bulanan kumpulan anda ialah RM9 juta dan 'income' anda ialah RM18,000 sebulan. Kiraan ini adalah berdasarkan setiap ejen membuat 'sale' RM30,000 setiap bulan. Jika setiap ejen membuat 'sale' purata sebanyak RM50,000 maka jumlah jualan kumpulan anda ialah RM15 juta dan 'income' anda ialah RM30,000. Apakah ini masih kecil? Jika kecil, teruskan menambah bilangan ejen di dalam kumpulan anda. Fikirkan yang BESAR.

Jika anda lihat TOP GAM dari Johor Bharu, Norlela Khalidah, jualan kumpulannya untuk bulan Oktober 2011 hanya sekitar RM7.3 juta. Boleh anda congak berapa jumlah ejen dalam kumpulannya? Cuba anda lihat pula, Norhaili binti Ahmad Mokhtar, GAM dari Cheras, 'sale' kumpulannya berada sekitar RM25 juta sebulan. Pada kiraan anda berapakah bilangan ejen yang ada di dalam kumpulannya? Adakah ianya begitu ramai? Dari congakan saya, dia mempunyai ejen lebih kurang 500 orang sahaja? Bukannya ramai pun, malah saya percaya anda semua mampu untuk melakukan sebegitu. Sebabnya anda bukan melakukan seorang diri, tetapi setiap orang ejen melakukan demikian. Katakan setiap orang berganding tenaga, kemahiran dan pengetahuan untuk merekrut 10 orang ejen baru. Jika ejen yang sedia ada ialah 3 orang, maka ia menjadi 33 orang, dari 33 menjadi 363 dan begitulah seterusnya ....
(anda boleh buka attached doc, untuk melihat potensi 'income' anda apabila merekrut ramai ejen)

Sebenarnya ia adalah mudah untuk merekrut ejen baru jika anda tahu cara. Bahkan anda boleh mencuba pelbagai cara unuk mendapat prospek ejen seperti:
1) melalui 'client' yang sedia ada. Anda boleh bertanya kepada mereka mungkin mereka berminat untuk menjadi ejen. Janganlah bimbang jika 'existing client' menjadi ejen bahkan mereka akan membawa anda bilangan 'client' yang lebih ramai. Atau mungkin mereka mempunyai anak-anak, saudara atau kawan-kawan yang berminat menjadi ejen.

2) pernahkah anda mengiklankan peluang kerjaya sebagai perunding unit trust ini di dalam flyer yang diletakan di dalam suratkhabar atau melekatkan di tempat-tempat awam seperti masjid dan sebagainya. Dengan kaedah ini anda mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk menampung kosnya. Tetapi percayalah pelaburan anda ini sangat berbaloi.

3) Anda juga boleh membuat 'roadshow' untuk mendapatkan prospek ejen. Biasanya kita pernah dengar ada ejen yang membuat 'roadshow' untuk mendapat prospek pelanggan. Apakata anda pula membuat 'roadshow' untuk mendapat prospek pelanggan. Anda boleh melakukan di mana-mana tempat awam seperti shopping complex, family day, karnival jualan dan sebagainya. Yang penting anda mesti kreatif.

Kedua:
Rahsia untuk mendapat 'income' yang banyak dan stabil tanpa perlu membuat jualan yang besar sepanjang masa, saya akan kongsikan kemudian. Agak panjang saya menulis kali. Biarlah saya cerita rahsia kedua ini kemudian. Saya berharap apa yang ingin saya sampaikan kali ini dapat di fahami dan 'dihadamkan' oleh anda.

Jadikan target meramaikan ejen ini sebagai agenda utama tahun 2012 ini. Tuliskan di atas kertas apa yang sedang anda fikirkan, jangan biarkan ia bermain di dalam minda yang akhirnya menjadi angan-angan kosong dan hilang begitu sahaja. Cuba rancangkan berapa ramai ejen yang anda ingin. Dapatkan satu angka yang jelas dan logik, misalnya anda mahu 24 orag ejen baru 'direct' dengan anda tahun 2012 ini. Pecahkan ia menjadi lebih mudah atau kecil. Ia menjadi 2 orang yang perlu direkrut setiap bulan. Atau setiap 2 minggu anda perlu merekrut seorang ejen baru. kemudiannya ambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikan rancangan anda ini. Contohnya merangka apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapat ejen baru bagi setiap 2 minggu.

Saya sendiri sedang merangkakan rancangan tahun baru bagi tahun 2012. Pertamanya sudah tentu untuk meramaikan bilangan ejen. Target saya ialah untuk mendapatkan jumlah 600 orang ejen di dalam kumpulan saya. Saya percaya ia bukanah suatu yang mustahil. Harapan saya semoga anda juga begitu.


Zaihar
Group Agency Manager
Public Mutual Caw. Sungai Petani
hp: 016 4320133

Thursday, July 14, 2011

Amalan solat sunat Dhuha


Amalan solat sunat Dhuha... amalannya akan memberikan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.
Sunat Dhuha dilakukan ketika matahari naik kira-kira tinggi segalah sehinggalah masuk waktu tengahari. Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan dan konsisten. Dengan izinNya ia mampu memberi ketenangan jiwa dan kemurahan rezeki.

Selepas solat bacalah doa seperti berikut. "Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

"Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman."

Tuesday, March 22, 2011

Tahniah!



Tadi sekitar jam 8.00 malam, 21/3/2011 bertempat di hotel Park Avenue, diadakan jamuan makan malam tahunan Public Mutual Bhd, digabungkan bersama cawangan Sungai Petani dan Alor Setar. Ramai yang hadir. Dan pastinya majlis meriah sekali dan meninggalkan bekas yang mendalam pada setiap perunding yang hadir. Lebih-lebih lagi yang meraih piala sebagai tanda kejayaan pada tahun lepas 2010.
Tahniah kepada anda semua.
Kejayaan yang anda kecapi hari ini adalah hasil penat jerih anda yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa. Andalah sendiri yang menentukan di mana kedudukkan anda di masa hadapan.

So, tahun depan kita pasti lebih hebat! Insyallah.

Tuesday, March 15, 2011

Percayalah kepada diri anda sendiri


Ini adalah cerita tahun lepas. Minta maaf sebab terlupa nak kongsi dengan anda
semua.

Disebabkan saya selalu pergi branch office sg petani, saya boleh tahu siapa
perunding yang rajin ke office atau tidak. Saya boleh tahu siapa perunding yang
masih aktif atau tidak. Suatu hari, sekitar pertengahan bulan December 2010,
saya bertemu perunding yang sudah lama saya tidak nampak batang hidungnya. Makna
dia jarang ke branch sg petani. Dan sangkaan saya dia sudah berhenti menjadi
ejen. Rupa-rupanya dia masih aktif, cuma ada beberapa ketika dia menghilangkan
diri.

Dari perbualan saya dengan dia, ada beberapa perkara saya dapat up-date
dengannya. Menurutnya ketika saham jatuh teruk penghujung tahun 2008, dia terus
menghilangkan diri sebab ramai pelanggannya menjadi marah. ketika itu dia
mencuba beberapa perniagaan lain yang dirasakan memberikan pendapatan yang lebih
baik. Dia ada membuat kedai runcit, menternak keli, menanam serai peha ayam,
kembali dalam MLM dan pernah menanam jagung di bawah kabel voltan tinggi TNB.
Tetapi selepas membuat semua itu, dia dapat merasakan menjadi ejen dipublic
mutual lebih mudah. Disini dia hanya perlu memandu setiap hari, membawa borang
kosong dan berbual sahaja. Tidaklah seteruk membuka kedai runcit yang untung
tidak seberapa, menternak keli atau berjemur di tengah panas mentari menanam serai atau
jagung. Untuk bekerja makan gaji adalah tidak mungkin kerana umur sudah lewat
40an. lalu dia bertekad aktif kembali sebagai ejen unit trust dan menyimpan
hasrat membeli 10 relong tanah untuk pertanian dan sebagai aset hari tuanya.
Katanya kali ini dia tidak main-main lagi. Dia akan buktikan kepada dirinya,
yang dia mampu mencapai impian sebegitu. Pengalaman lepas dijadikan sebagai
panduan. Hari persaraan sudah semakin dekat. Inilah sahaja peluangnya. Kali ini
dia tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Percayakah anda, ketika berjumpa dengan saya di public mutual sg petani itu, dia
baru sahaja selesai urusan membeli sebidang tanah 10 relong di Baling dengan
harga RM200,000 (dua ratus ribu ringgit) secara tunai dan kini dalam proses
menanam getah. Menurutnya lagi wang sebanyak itu dikumpul dari komisyennya
selama hampir dua tahun. Saya kagum dengannya. Dia menjadi begitu hebat. Ada
seperkara lagi yang anda perlu tahu mengenainya. Dia hanya seorang Agency
Supervisor tanpa seorang pun 'downline'. Katanya dia pernah merekrut ejen baru
tetapi semua tidak menjadi. Wah, jika begitu sekali lagi saya kagum dengannya.
Ini bermakna dia hanya bekerja seorang diri.

Bolehkah anda juga membuat seperti itu? Anda membuat banyak kelebihan berbanding
dia. Dia sudah berumur 47 tahun sedangkan anda masih muda dan bertenaga. Saya
percaya anda semua memiliki ijazah, paling tidak pun diploma, sedangkan dia
hanya ada sijil dari politeknik.

Berbalik kepada ejen ini tadi, 'goal' terbarunya ialah dia sedang berusaha
memiliki set perlaburan tunai sebanyak RM1 juta di dalam unit trust sebelum
bersara pada umur 53 nanti. Saya ada bertanya kenapa mesti bersara umur 53?
Jawabnya, ketika itu pokok-pokok getahnya sudah boleh ditoreh dan dinikmati
hasilnya. Saya hanya tersenyum. Tersenyum kerana orang yang berada di hadapan
saya ini adalah orang yang luar biasa hebat. Masa depannya sudah dirancang rapi.
Bagaimana dengan anda?

seperti tulisan saudara Suhaimi yang lepas, lakukan dengan pantas. Bertindak
segera. Ambil pen dan kertas, buat pelan rancangan 'sale' anda dan tetapkan
'goal' anda. Kemudiannya terus bertindak. Jangan biarkan sikap bertangguh
melenyapkan segala impian anda.

Apakah anda sudah bersedia?