Thursday, August 24, 2006

Kejayaan!




"Kejayaan ialah kegagalan yang tidak berlaku"
aik...siapa yang buat ungkapan tersebut, aku dah lupa.
Tapi jika fikir-fikir balik, betul juga tu...

Dan kejayaan bukanlah suatu peristiwa yang jadi begitu sahaja, kejayaan itu adalah dibina dari perancangan, usaha perit jerih dan kesabaran yang dahsyat...

Bukan semua orang boleh berjaya...tetapi kejayaan bukanlah mustahil bagi sesiapa pun..

Katakan kejayaan itu seperti buah yang kita dapat...untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanam pokok yang baik dari benih yang terpilih. Pokok perlu disemai, dijaga, disiram dan dibajai...akhir berbunga mengeluarkan buah yang baik...
Tapi terfikirkah kita, untuk orang bijak, mereka tak perlu pun menanam pokok, untuk mendapatkan buah...pilih sahaja dikedai buah..betul tak?..
So.. cuba fikir sejenak, anda mendapat apa yang anda telah pilih.... jadi pilih yang terbaik...

Saturday, August 19, 2006

Sebahagian kejayaan sudah berada di tanganku

Akhir, aku menjadi juga seorang Agency Manager. Betul-betul genap 2 tahun aku menceburi diri dalam bidang perunding unit amanah ini. Benarlah kata-kata beberapa orang yang aku dengar seperti Azizi Ali, Christina Choa, Zuraidah Zainal Abidin dan beberapa lagi. Dua tahun pertama di dalam industri ini cukup memenatkan, perlukan ketabahan, kesungguhan dan fokus.
Setakat ini, banyak juga halangan yang aku tempuhi. Sebut sahaja apa dia... insyallah aku dah rasai... ada downline yang 'frozen' begitu sahaja, ada ketika susah dan senang, banyak juga kerenah client aku yang bukan-bukan, 'rejection' jangan cakap ler... dah berkandar aku terima... macam-macam lagi...

Tetapi bila aku duduk sejenak, renung kebelakang kembali... rupa-rupanya aku menjadi lebih matang dengan melalui semua itu. Aku baru 2 tahun dalam industri ini. Up-line aku yang jadi jutawan tu dah 18 tahun melalui semua ini. Aku cukup sedar bukan mudah untuk menjadi hebat seperti dia, tetapi aku sangat yakin, ianya bukan mustahil. Insyallah 2 tahun lagi aku juga akan jadi seperti dia.

Bila aku sorot kembali perjalanan dua tahun kebelakang ini, aku rupa-rupa tidak begitu bersungguh-sungguh, tidak mengunakan segala kemahuan, kebolehan dan pengetahuan aku 100%. Aku rasakan tak sampai 20% lebih kurang begitu... Dan aku cukup yakin kesannya akan lebih hebat jika aku bersungguh-sungguh.

So... pada penghujung Ogos 2008, aku akan menjadi Group Agency Manager, Insyallah.