Tuesday, March 22, 2011

Tahniah!



Tadi sekitar jam 8.00 malam, 21/3/2011 bertempat di hotel Park Avenue, diadakan jamuan makan malam tahunan Public Mutual Bhd, digabungkan bersama cawangan Sungai Petani dan Alor Setar. Ramai yang hadir. Dan pastinya majlis meriah sekali dan meninggalkan bekas yang mendalam pada setiap perunding yang hadir. Lebih-lebih lagi yang meraih piala sebagai tanda kejayaan pada tahun lepas 2010.
Tahniah kepada anda semua.
Kejayaan yang anda kecapi hari ini adalah hasil penat jerih anda yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa. Andalah sendiri yang menentukan di mana kedudukkan anda di masa hadapan.

So, tahun depan kita pasti lebih hebat! Insyallah.

Tuesday, March 15, 2011

Percayalah kepada diri anda sendiri


Ini adalah cerita tahun lepas. Minta maaf sebab terlupa nak kongsi dengan anda
semua.

Disebabkan saya selalu pergi branch office sg petani, saya boleh tahu siapa
perunding yang rajin ke office atau tidak. Saya boleh tahu siapa perunding yang
masih aktif atau tidak. Suatu hari, sekitar pertengahan bulan December 2010,
saya bertemu perunding yang sudah lama saya tidak nampak batang hidungnya. Makna
dia jarang ke branch sg petani. Dan sangkaan saya dia sudah berhenti menjadi
ejen. Rupa-rupanya dia masih aktif, cuma ada beberapa ketika dia menghilangkan
diri.

Dari perbualan saya dengan dia, ada beberapa perkara saya dapat up-date
dengannya. Menurutnya ketika saham jatuh teruk penghujung tahun 2008, dia terus
menghilangkan diri sebab ramai pelanggannya menjadi marah. ketika itu dia
mencuba beberapa perniagaan lain yang dirasakan memberikan pendapatan yang lebih
baik. Dia ada membuat kedai runcit, menternak keli, menanam serai peha ayam,
kembali dalam MLM dan pernah menanam jagung di bawah kabel voltan tinggi TNB.
Tetapi selepas membuat semua itu, dia dapat merasakan menjadi ejen dipublic
mutual lebih mudah. Disini dia hanya perlu memandu setiap hari, membawa borang
kosong dan berbual sahaja. Tidaklah seteruk membuka kedai runcit yang untung
tidak seberapa, menternak keli atau berjemur di tengah panas mentari menanam serai atau
jagung. Untuk bekerja makan gaji adalah tidak mungkin kerana umur sudah lewat
40an. lalu dia bertekad aktif kembali sebagai ejen unit trust dan menyimpan
hasrat membeli 10 relong tanah untuk pertanian dan sebagai aset hari tuanya.
Katanya kali ini dia tidak main-main lagi. Dia akan buktikan kepada dirinya,
yang dia mampu mencapai impian sebegitu. Pengalaman lepas dijadikan sebagai
panduan. Hari persaraan sudah semakin dekat. Inilah sahaja peluangnya. Kali ini
dia tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Percayakah anda, ketika berjumpa dengan saya di public mutual sg petani itu, dia
baru sahaja selesai urusan membeli sebidang tanah 10 relong di Baling dengan
harga RM200,000 (dua ratus ribu ringgit) secara tunai dan kini dalam proses
menanam getah. Menurutnya lagi wang sebanyak itu dikumpul dari komisyennya
selama hampir dua tahun. Saya kagum dengannya. Dia menjadi begitu hebat. Ada
seperkara lagi yang anda perlu tahu mengenainya. Dia hanya seorang Agency
Supervisor tanpa seorang pun 'downline'. Katanya dia pernah merekrut ejen baru
tetapi semua tidak menjadi. Wah, jika begitu sekali lagi saya kagum dengannya.
Ini bermakna dia hanya bekerja seorang diri.

Bolehkah anda juga membuat seperti itu? Anda membuat banyak kelebihan berbanding
dia. Dia sudah berumur 47 tahun sedangkan anda masih muda dan bertenaga. Saya
percaya anda semua memiliki ijazah, paling tidak pun diploma, sedangkan dia
hanya ada sijil dari politeknik.

Berbalik kepada ejen ini tadi, 'goal' terbarunya ialah dia sedang berusaha
memiliki set perlaburan tunai sebanyak RM1 juta di dalam unit trust sebelum
bersara pada umur 53 nanti. Saya ada bertanya kenapa mesti bersara umur 53?
Jawabnya, ketika itu pokok-pokok getahnya sudah boleh ditoreh dan dinikmati
hasilnya. Saya hanya tersenyum. Tersenyum kerana orang yang berada di hadapan
saya ini adalah orang yang luar biasa hebat. Masa depannya sudah dirancang rapi.
Bagaimana dengan anda?

seperti tulisan saudara Suhaimi yang lepas, lakukan dengan pantas. Bertindak
segera. Ambil pen dan kertas, buat pelan rancangan 'sale' anda dan tetapkan
'goal' anda. Kemudiannya terus bertindak. Jangan biarkan sikap bertangguh
melenyapkan segala impian anda.

Apakah anda sudah bersedia?