Tuesday, September 12, 2006

Jangan berputus asa


Jangan sesekali berputus asa apabila gagal. Itulah yang saya beritahu kepada sesiapa sahaja apabila mereka mengadu yang mereka telah gagal dalam sesuatu perkara yang mereka lakukan.
Kegagalan hanyalah satu permulaan. Sekiranya tiada kegagalan itu, bagaimana mungkin kita bisa belajar untuk berjaya. Jadikan kegagalan sebagai panduan untuk terus berusaha dan berjaya. Belajarlah dari kegagalan.

Dalam kumpulan saya ada seorang perunding yang selalu gagal membuat 'closing'. Biarlah saya namakan dia sebagai si A dalam tulisan saya ini. Beliau seorang yang sangat rajin. Bahkan dia seorang yang mempunyai pengetahuan yang agak mendalam mahu pun di dalam 'financial planning'.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah ketabahannya di dalam membuat pemasaran dan jualan. Boleh dikatakan setiap hari beliau keluar, memandu jauh dengan tujuan untuk membuat closing. Dia bertemu dengan ramai 'prospect client'. Banyak borang pelaburan yang di isi dan ditinggalkan kepada mereka. Malangnya tak ramai yang pergi memasukkan duit mereka ke bank untuk pelaburan. Kalau ada pun, hanyalah dengan jumlah yang kecil, iaitu tidak sampai RM10,000 pun. Si A tidak berputus asa, selepas seminggu atau sebulan dia akan membuat 'call' bertanyakan sekiranya mereka ada masalah ketika hendak 'bank-in' wang mereka. Jika perlu dia akan pergi bertemu mereka sambil-sambil berkhongsi maklumat mengenai pelaburan dan perancangan kewangan. Seperti yang saya katakan tadi, hasilnya amat tidak memuaskan.

Si A ada berjumpa dengan saya, diceritakan masalah yang dihadapinya. Saya pun bukanlah orang yang pandai untuk mengatasi masalah orang lain. Apa yang saya dapat katakan ialah hanya 3 perkara iaitu;
1) Cuba fikir sejenak dimanakah yang tidak kena apabila kita keluar membuat 'sale'
2) Cuba ubah atau baiki kaedah yang kita gunakan ketika bertemu 'prospect client'
3) Bersabarlah dan jangan berputus asa, mungkin belum ada rezeki. Insyallah, Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha baik hambaNYa. Jangan lupa berdoa kepadaNya. mintalah kepadaNya.

Hari ini, genap seminggu saya tidak berjumpa dengan si A. Petang tadi, selepas solat asar, hujan turun dengan lebat. Saya terperangkap di Masjid di tengah pekan. Saya tidak dapat ke mana sementara menunggu hujan reda. Tiba-tiba handphone saya berbunyi, di atas skrin terpapar nama si A. Saya menjawab panggilan si A. Bunyi suara dengan nada ceria. Khabarnya dia berjaya membuat 'closing' ratusan ribu RM hari ini. Alhamdulillah. Usahanya kini mula membuahkan hasil. Saya mengucapkan tahniah kepadanya. Harapan saya, kejayaan ini akan meningkatkan lagi usaha gigihnya untuk terus bekerja keras membina impiannya sendiri.

Semoga anda akan terus berjaya.

No comments:

Post a Comment