Thursday, August 24, 2006

Kejayaan!




"Kejayaan ialah kegagalan yang tidak berlaku"
aik...siapa yang buat ungkapan tersebut, aku dah lupa.
Tapi jika fikir-fikir balik, betul juga tu...

Dan kejayaan bukanlah suatu peristiwa yang jadi begitu sahaja, kejayaan itu adalah dibina dari perancangan, usaha perit jerih dan kesabaran yang dahsyat...

Bukan semua orang boleh berjaya...tetapi kejayaan bukanlah mustahil bagi sesiapa pun..

Katakan kejayaan itu seperti buah yang kita dapat...untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanam pokok yang baik dari benih yang terpilih. Pokok perlu disemai, dijaga, disiram dan dibajai...akhir berbunga mengeluarkan buah yang baik...
Tapi terfikirkah kita, untuk orang bijak, mereka tak perlu pun menanam pokok, untuk mendapatkan buah...pilih sahaja dikedai buah..betul tak?..
So.. cuba fikir sejenak, anda mendapat apa yang anda telah pilih.... jadi pilih yang terbaik...

No comments:

Post a Comment