Wednesday, December 28, 2011

Memperolehi komisyen yang konsisten



Apakhabar semua?

Saya pernah berjanji pada seminggu yang lalu untuk mendedahkan rahsia ke dua memperolehi komisyen yang 'lumayan' dan stabil/konsisten sepanjang masa. Sebelum itu telah saya dedahkan di dalam email saya lepas bagaimana anda boleh memperolehi komisyen yang hebat walaupun tanpa membuat 'sale' sepanjang masa, iaitu teknik 'meramaikan' ahli kumpulan jualan anda. Semakin ramai ejen di dalam kumpulan anda, maka semakin banyaklah 'income' bulanan anda. Bukan setakat RM3,000 atau RM5,000 sebulan. Malah anda akan menikmati 'income' RM15,000 bahkan RM30,000 sebulan. Itu adalah rahsia yang pertama.

Yang keduanya ialah, membuat jualan 'standing instruction (SI)' atau 'Direct Debit Instruction (DDI)' ataupun potongan terus ke akaun pelaburan anda. Maksudnya, anda mendapat pelanggan yang membuat potongan terus dari akaun bank mereka ke dalam akaun pelaburan. Ini bermakna, pada setiap bulan pihak bank akan secara automatik akan memindah wang dari akaun simpanan/semasa mereka ke dalam akaun pelaburan di Public Mutual. Ia juga bermakna anda membuat 'kerja' anda sekali sahaja, tetapi jualan anda akan berlaku setiap bulan selama bertahun-tahun. Jadi 'kerja' anda menjadi lebih mudah. Pada mulanya anda perlu bertemu pelanggan, menerangkan faedah atau kebaikan kaedah ini, mengisi borang untuk mereka dan menyerahkan di Public Mutual. Itu sahaja. Mudahkan bukan? Dan biasanya potongan ini nampak sedikit sahaja, iaitu sekitar RM100 sebulan bagi seorang pelabur. Adanya juga ketikanya anda akan bertemu pelabur yang membuat potongan sebanyak RM500 sebulan, tetapi jangan terkejut jika anda berusaha lebih kuat, anda mungkin bertemu pelabur yang membuat potongan melebihi RM1,000 sebulan. Bagi yang membuat potongan RM100 sebulan, mungkin ianya nampak sedikit bagi anda, tetapi impaknya sangat hebat jika anda memperolehi ramai pelanggan seperti itu. Contohnya jika anda memperolehi 100 orang pelanggan seperti itu, bermakna anda sudah mempunyai jualan bulanan sebanyak RM10,000 secara automatik setiap bulan. Biar saya katakan saya pernah bertemu dengan seorang perunding yang mempunyai jumlah pelaburan 'cash' seperti ini sebanyak RM30,000 setiap bulan. Hebat bukan? Dan tidak mustahil, jika anda memperolehi pelaburan automatik seperti ini sebanyak RM50,000 atau RM100,000 setiap bulan.

Tetapi bagaimanakah caranya? Biasanya, apabila mencari pelanggan seperti ini kita akan menerangkan faedah perancangan pelaburan untuk pendidikan anak-anak atau persaraan. Ataupun anda boleh membantu mereka membuat perancangan pelaburan untuk percutian keluar negara atau menunaikan fardhu haji. Terpulanglah kepada anda, yang penting anda mesti kreatif.

Bagi saya sendiri, saya amat gemar dengan perancangan pelaburan untuk pendidikan anak-anak dan persaraan. Biar saya berkongsi satu tips dengan anda. 'pocket calculator' yang disediakan oleh public mutual boleh dijadikan sebagai kit jualan yang sangat berkesan. Saya ulangi, ianya senjata yang "sangat berkesan". Malah anda juga boleh membuat salinan fotostat di atas kertas A4 supaya lebih jelas atau 'murah'. Apabila bertemu pelanggan, tunjukkan 'calculator' ini kepada mereka. Terangkan cara-cara menggunakannya. Tunjukkan berapakah potensi pendapatan pelaburan mereka. Sarankan mereka untuk mengisi borang pelaburan diwaktu itu juga.

Bagaimana pula dengan 'jenis pelanggan'? Ada ejen yang suka atau gemar mencari pelanggan yang berkerjaya hebat atau 'high profile' untuk tujuan ini. Seperti engineer, konraktor, manager, doktor ataupun pemilik syarikat yang berjaya. Saya pernah lihat seorang ejen menunjukkan potongan tetap seorang doktor sebanyak RM500 sebulan bertahun-tahun lamanya tanpa tertunggak langsung. Baguskan? Tetapi saya sendiri hanya mempunyai pelanggan kecil-kecilan untuk tujuan ini. Saya ada seorang yang berniaga sendiri kecil-kecilan, tetapi membuat potongan RM100 sebulan ke atas setiap orang anaknya yang berjumlah 4 orang. Bermakna, darinya saya sudah memperolehi RM400 sebulan. Saya juga mempunyai seorang tukang gunting rambut yang membuat potongan RM200 sebulan. saya juga mempunyai beberapa orang 'operator pengeluaran di kilang' yang membuat potongan RM50 sebulan (inilah kes yang paling lama di mana pada suatu ketika dulu dana Public Ittikal boleh ditambah minima RM50 setiap kali). Saya juga mempunyai pelanggan dari peniaga kedai makan ditepi jalan dengan RM100 sebulan. Dan sudah tentunya kes-kes seperti ini menjadi begitu mudah, sebab secara automatik saya mempunyai 'sale' tunai setiap bulan. Apabila anda mempunyai kes-kes atau pelanggan seperti ini, 'jagalah' mereka dengan baik. Sesekali atau 6 bulan sekali bertemulah dengan mereka, menerangkan kedudukan pelaburan mereka. Sudah tentu mereka gembira kerana merasakan mereka dihargai oleh anda. Satu lagi untuk mendapatkan pelanggan seperti yang yang ramai bilangannya, cuba buat 'target' untuk dicapai, misalnya 5 orang pada setiap bulan. Jika anda berjaya, dalam masa setahun anda sudah mempunyai 60 orang pelanggan seperti ini. Tetapi cukupkah dengan jumlah angka kecil ini? Apakata jika 10 orang atau lebih setiap bulan?

Saya merasakan cukup setakat ini dulu saya menulis. Saya harap kita semua faham akan agenda tahun baru 2012. Tahun baru ini kita akan membuat perubahan yang besar. Tahun baru 2012 akan menjadi lebih baik dari tahun 2011. Pada tahun 2012 ini kita mempunyai agenda yang besar di dalam perniagaan ini. Pertamanya kita akan memperbesar kumpulan ejensi kita. Besar yang sebesar mungkin. Setiap orang akan memiliki bilangan ejen yang besar, membina kumpulan ejensi masing-masing. Semakin besar ejensi kita, semakin besar duit yang akan masuk poket kita. Yang kedua ialah meningkatkan jualan 'SI' atau 'DDI'.

Ada satu lagi rahsia yang saya akan kongsikan dengan anda semua. Saya akan menulis lagi selepas ini. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlang.

Zaihar
Group Agency Manager
Public Mutual Berhad
Cawangan Sungai Petani
016-4320133
http://zaiharm.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment