Thursday, December 22, 2011

kenapa komisyen saya kurang?


Lama saya tidak menulis di sini. Hanya sesekali sempat saya buka dan check email. Sibuk benar saya sepanjang tempoh 2 bulan terakhir tahun 2011.

Ok, baiklah. Saya menerima banyak perntanyaan dari ejen atau perunding yang mengatakan mereka mendapat 'income' yang kurang sebagai perunding di public mutual yang akhirnya menyebabkan mereka semakin slow dan akhirnya 'mati' begitu saya. Saya sepatutnya berkongsi rahsia besar ini lama dulu. Tetapi disebab terlupa, ianya tersimpan begitu sahaja? Sebenarnya di dalam kerjaya sebagai unit trust consultant ini kita tidak boleh membuat kerja membuta tuli tanpa mengetahui rahsia bagaimana ejen-ejen lain menjadi begitu hebat mendapat komisyen yang besar, sedang kita tidak. Disebabkan kita tidak mendapat komisyen yang besar maka kita terpaksa membuat satu atau 2 pekerjaan lain atau meninggalkan terus kerjaya yang memberi income yang hebat ini. Kenapa? Adakah pernah kita berhenti seketika dan bertanya hal ini.

Jom, biar saya beritahu anda semua. Anda sebenarnya berada di 'lubuk' wang. Cuma adakah kita nampak wang itu, sama ada mahu merebut peluang ini atau tidak? Cuba ingatkan kembali, apakah niat kita sewaktu kita mula-mula menyertai public mutual dulu. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, kita ingin mencari pendapatan yang lebih atau yang lebih besar. Tetapi apabila menyertainya kita semakin lupa bila 'income' yang diharapkan tidak seberapa.

Inilah rahsia besar yang mendatang income yang besar atau komisyen yang lebih BESAR. Saya akan mendedahkan rahsia ini demi kebaikan semua ejen. Dengan rahsia ini anda bukan sahaja mendapat 'income' besar diwaktu membuat 'sale', malah di waktu anda tiada 'sale' langsung, anda masih menikmati 'income' yang besar. Inilah tujuan tulisan saya kali ini, supaya setiap ejen memperolehi 'income' hebat setiap bulan. Rahsianya;


Pertama:
Mungkin anda beranggapan untuk mendapat 'income' yang besar, anda perlu membuat 'sale' yang besar. Jika ini anggapan anda, ia adalah benar tetapi bukanlah 100% benar dan sentiasa benar. Membuat sale yang besar hanyalah memberikan 'income' besar yang sementara sahaja. Cuba lihat berapa ramai ejen-ejen yang sentiasa berjaya membuat 'sale' yang besar kemudiannya tiada lagi 'sale' yang besar dan akhir senyap, 'mati' begitu sahaja.

Rahsia pertamanya ialah, SENTIASA MEREKRUT EJEN BARU. Ya benar, anda perlu sentiasa merekrut ejen baru. Sentiasa atau sepanjang masa. Besarkan kumpulan ejensi anda sendiri sebesar yang mungkin. Tidak kiralah di level mana anda berada, sama ada UTC, AS, AM atau GAM. Jangan lupa peraturan pertama atau rahsia no. 1 ini. Mungkin anda sedar bahawa mengikut 'rule' di Public Mutual anda hanya boleh merekrut maksima seramai 49 orang ejen di bawah anda. Ini tidak menjadi masalah. 49 orang bermaksud hanya ejen yang 'direct' dengan anda. Katakan anda merekrut maksima 49 orang ejen, dan setiap ejen anda juga boleh merekrut 49 orang ejen. Begitulah seterusnya. Wah! besar sekali angkanya.

Katakan jumlah keseluruhan ejen di bawah anda ialah 100 orang, setiap orang membuat purata 'sale' hanya sebanyak RM30,000 sahaja. Maka jumlah 'sale' kumpulan anda ialah RM3 juta sebulan. Dengan 'overriding' 0.2% (katakan kes KWSP), maka 'income' ialah RM6,000. Ini belum termasuk jualan peribadi dan CB lagi. Mungkin anda berkata ini jumlah yang kecil.

Katakan jumlah ejen kumpulan anda ialah 300 orang dan jualan purata bulanan ialah RM30,000 setiap ejen. Maka jumlah 'sale' bulanan kumpulan anda ialah RM9 juta dan 'income' anda ialah RM18,000 sebulan. Kiraan ini adalah berdasarkan setiap ejen membuat 'sale' RM30,000 setiap bulan. Jika setiap ejen membuat 'sale' purata sebanyak RM50,000 maka jumlah jualan kumpulan anda ialah RM15 juta dan 'income' anda ialah RM30,000. Apakah ini masih kecil? Jika kecil, teruskan menambah bilangan ejen di dalam kumpulan anda. Fikirkan yang BESAR.

Jika anda lihat TOP GAM dari Johor Bharu, Norlela Khalidah, jualan kumpulannya untuk bulan Oktober 2011 hanya sekitar RM7.3 juta. Boleh anda congak berapa jumlah ejen dalam kumpulannya? Cuba anda lihat pula, Norhaili binti Ahmad Mokhtar, GAM dari Cheras, 'sale' kumpulannya berada sekitar RM25 juta sebulan. Pada kiraan anda berapakah bilangan ejen yang ada di dalam kumpulannya? Adakah ianya begitu ramai? Dari congakan saya, dia mempunyai ejen lebih kurang 500 orang sahaja? Bukannya ramai pun, malah saya percaya anda semua mampu untuk melakukan sebegitu. Sebabnya anda bukan melakukan seorang diri, tetapi setiap orang ejen melakukan demikian. Katakan setiap orang berganding tenaga, kemahiran dan pengetahuan untuk merekrut 10 orang ejen baru. Jika ejen yang sedia ada ialah 3 orang, maka ia menjadi 33 orang, dari 33 menjadi 363 dan begitulah seterusnya ....
(anda boleh buka attached doc, untuk melihat potensi 'income' anda apabila merekrut ramai ejen)

Sebenarnya ia adalah mudah untuk merekrut ejen baru jika anda tahu cara. Bahkan anda boleh mencuba pelbagai cara unuk mendapat prospek ejen seperti:
1) melalui 'client' yang sedia ada. Anda boleh bertanya kepada mereka mungkin mereka berminat untuk menjadi ejen. Janganlah bimbang jika 'existing client' menjadi ejen bahkan mereka akan membawa anda bilangan 'client' yang lebih ramai. Atau mungkin mereka mempunyai anak-anak, saudara atau kawan-kawan yang berminat menjadi ejen.

2) pernahkah anda mengiklankan peluang kerjaya sebagai perunding unit trust ini di dalam flyer yang diletakan di dalam suratkhabar atau melekatkan di tempat-tempat awam seperti masjid dan sebagainya. Dengan kaedah ini anda mungkin terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk menampung kosnya. Tetapi percayalah pelaburan anda ini sangat berbaloi.

3) Anda juga boleh membuat 'roadshow' untuk mendapatkan prospek ejen. Biasanya kita pernah dengar ada ejen yang membuat 'roadshow' untuk mendapat prospek pelanggan. Apakata anda pula membuat 'roadshow' untuk mendapat prospek pelanggan. Anda boleh melakukan di mana-mana tempat awam seperti shopping complex, family day, karnival jualan dan sebagainya. Yang penting anda mesti kreatif.

Kedua:
Rahsia untuk mendapat 'income' yang banyak dan stabil tanpa perlu membuat jualan yang besar sepanjang masa, saya akan kongsikan kemudian. Agak panjang saya menulis kali. Biarlah saya cerita rahsia kedua ini kemudian. Saya berharap apa yang ingin saya sampaikan kali ini dapat di fahami dan 'dihadamkan' oleh anda.

Jadikan target meramaikan ejen ini sebagai agenda utama tahun 2012 ini. Tuliskan di atas kertas apa yang sedang anda fikirkan, jangan biarkan ia bermain di dalam minda yang akhirnya menjadi angan-angan kosong dan hilang begitu sahaja. Cuba rancangkan berapa ramai ejen yang anda ingin. Dapatkan satu angka yang jelas dan logik, misalnya anda mahu 24 orag ejen baru 'direct' dengan anda tahun 2012 ini. Pecahkan ia menjadi lebih mudah atau kecil. Ia menjadi 2 orang yang perlu direkrut setiap bulan. Atau setiap 2 minggu anda perlu merekrut seorang ejen baru. kemudiannya ambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikan rancangan anda ini. Contohnya merangka apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapat ejen baru bagi setiap 2 minggu.

Saya sendiri sedang merangkakan rancangan tahun baru bagi tahun 2012. Pertamanya sudah tentu untuk meramaikan bilangan ejen. Target saya ialah untuk mendapatkan jumlah 600 orang ejen di dalam kumpulan saya. Saya percaya ia bukanah suatu yang mustahil. Harapan saya semoga anda juga begitu.


Zaihar
Group Agency Manager
Public Mutual Caw. Sungai Petani
hp: 016 4320133

No comments:

Post a Comment