Friday, January 05, 2007

Banyakkan membaca

Saya selalu cuba membaca jika ada masa terluang. Baca apa sahaja yang ada di keliling anda. Kalau boleh sesuatu mengenai apa yang sedang anda lakukan. Jika anda perunding unit amanah atau perancang kewangan... bacalah apa sahaja mengenai kewangan. Percayalah ia akan banyak membantu anda ketika membuat 'presentation' perniagaan anda.

Juga bacalah artikel-artikel motivasi untuk membantu anda menjadi lebih produktif. Kita ini hanya manusia biasa. Manusia biasa yang cuba menjadi luar biasa. Bacalah apa sahaja yang anda rasa ia boleh membantu anda. Juga tanpa anda sedari anda akan membantu orang lain menjadi lebih produktif dengan pengetahuan anda.

No comments:

Post a Comment