Wednesday, December 20, 2006

Keluarlah dari sarang anda

Keluarlah dari sarang persembunyian anda. Agak pelik bunyi ayat ini setelah agak lama saya tidak menulis. Maaflah, keadaan menjadi saya agak sibuk dan kadang kala sengaja menyibuk diri.

Kumpulan ejensi perunding saya sedang berkembang. Ramai yang memerlukan saya dalam banyak hal. Barangkali itulah yang menjadikan saya tidak sempat untuk menulis.

Ramai perunding baru yang berjumpa saya bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang melabur tidak putus-putus. Sebenarnya banyak teknik-teknik yang digunakan oleh perunding-perunding yang berjaya mendapatkan pelanggan yang tidak pernah putus. Jika saya katakan pelanggan yang sentiasa datang tidak putus-putus, ia mungkin bohong. Jadi biarlah saya katakan jualan yang sentiasa ada atau jualan bulanan yang stabil.

Biar saya cerita tentang dua perkara sahaja.
Pertama teknik satu kali tiga. Atau lebih mudah satu pelanggan mendatangkan 3 pelanggan baru kepada anda.

Contoh jika anda bertemu seorang pelanggan, sama ada dia melabur atau tidak, jangan lupa tanyakan sekurang-kurang 3 orang rakan, saudara atau sesiapa sahaja yang di kenal dan berkemungkinan berminat untuk mengetahui produk anda. Dapatkan nama dan nombor telefonnya.

Dan jangan simpan nama dan nombor telefon itu. Cuba hubungi mereka secepat yang mungkin. Jangan malu untuk ceritakan produk yang anda ada. Jika anda lakukan perkara ini anda akan terkejut hasilnya cukup berbaloi.

Kedua, cuba mula perbualan dengan pekedai tempat yang biasa anda masuk atau kawasan yang anda tidak pernah pergi sebelum ini. Ceritakan produk simpanan dan pelaburan anda. Jika produk anda ditolak, cuba pula di kedai atau premis sebelah. Biar saya katakan belum ramai masyarakat ini yang tahu mengenai pelaburan public mutual. Anda akan dapati hasilnya cukup hebat. Sekali anda menemui orang yang sanggup mendengar apa yang anda bawa/jual, ulangi kaedah pertama di atas. Dapatkan nama dan nombor telefon kenalannya pula. Saya percaya anda tidak akan menyesal. Hasilnya akan menjadi anda lebih berani dan bersemangat.

Cuma satu pesanan saya, kebiasaanya kita tidak dapat buat 'closing' dengan hanya berjumpa sekali ataupung meninggalkan borang kosong kepada mereka. Jadi dapatkan peluang ke dua untuk berjumpa mereka lagi. Berjumpalah mereka atas apa sahaja alasan yang anda ada. Bina hubungan dan kepercayaan di antara anda dan pelanggan.

Jadi, kenapa masih tunggu lagi. Dari pengalaman saya, jika anda tidak pergi berjumpa bakal pelanggan, perunding lain akan pergi berjumpa mereka. Jangan biarkan bertangguh menjadi tabiat anda.

No comments:

Post a Comment