Friday, December 09, 2005

3 Perkara Wajib

Di dalam perniagaan berangkaian atau networking business, kita tidak dapat lari dari 3 perkara yang wajib dilakukan jika ingin berjaya. Tidak kiralah sama ada di dalam MLM atau industri unit amanah, asalkan sahaja ia perniagaan yang melibatkan orang ramai, maka 3 perkara ini mesti dilakukan.

Pertamanya ialah menjual. Dalam apa sahaja tindakkan, kita mesti menjual atau membuat jualan. Ia adalah kemestian. Untuk mendapat pendapatn yang berterusan, maka jualan juga mesti berterusan. Peganglah perinsip, asalkan nampak orang, maka kita ada potensi untuk membuat jualan. Maka gunakanlah segala daya kreativiti yang ada untuk mendekati prospek tersebut untuk membuat jualan. Ada seorang rakan, yang menetapkan quota iaitu, setiap hari dia mesti membuat 1 jualan. Cuba kira, jika dia berjaya membuat jualan RM5,000 setiap hari maka dalam sebulan dia telah berjaya membuat jualan sebanyak RM150,000 sebulan. Tetapi andaikata, dia hanya berjaya membuat jualan 50%, maka jualannya sebulan ialah RM75,000 ini sudah cukup baik bukan? Jadi sentiasa membuat jualan, tidak kira hari apa atau di mana anda berada.

Keduanya, menaja ejen baru. Di dalam networking business ini, anda mesti menaja ejen baru sebagai mana anda membuat jualan. Sebabnya, anda tidak akan mampu untuk membuat jualan selama-lamanya. Sampai satu ketika anda akan berhenti atau terpaksa berhenti. Anda mungkin berhenti kerana letih, sakit, masa yang tidak mengizinkan dan sebagainya. Tetapi dengan adanya sekumpulan ejen di dalam kumpulan, sebab-sebab begini hampir tiada langsung. Ia seolah-olah anda mengujudkan lebih ramai diri anda. Cuba bayangkan, jika anda seorang diri dapat bekerja 24 sehari. Maka jika diri anda ada 5 orang maka anda dapat bekerja 120 jam sehari dan sudah tentu pendapatan anda lebih baik, bukan?

Untuk menaja ejen, baru anda tidak perlu tergesa-gesa seperti membuat jualan tadi. Anda hanya perlu menaja ejen baru sekurang-kurangnya seorang dalam masa sebulan. Jadi dalam masa setahun, anda sudah ada 12 ejen di bawah anda. Ini baru direct agent, apakata jika setiap ejen itu menaja pula ejen yang lain. Sudah tentu kumpulan anda akan bekembang dengan pesat. Faedahnya mungkin anda tidak nampak dengan segera, tetapi binalah kumpulan anda dengan secepat yang mungkin, kerana anda akan menikmatinya dalam dua tahun dari sekarang.

Ketiganya, meeting atau membuat perjumpaan. Tidak kiralah menghadiri perjumpaan bulanan (monthly meeting or training), berjumpa client atau berjumpa downline.
Di dalam monthly meeting atau training, anda akan menambah segala pengetahuan yang ada dan mendapat yang baru yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda.
Berjumpa dengan client juga penting. Selain dari bertanya khabar, anda boleh memberikan idea-idea baru mengenai cara pelaburan atau simpanan yang betul. Juga dapat memberikan perkembangan semasa mengenai pelaburan mereka. Dengan cara ini anda akan menambah pengetahuan mereka tentang pelaburan. Bila sudah faham, boleh jadi mereka akan menambah pelaburan atau memperkenalkan para sahabat mereka. Untung, bukan.

Berjumpa dengan downline, selain mengeratkan perhubungan, anda juga dapat berkongsi idea-idea baru untuk mengembangkan perniagaan ini atau merancangkan projek-projek baru.

Jadi, sentiasalah buat 3 perkara wajib ini. Fikirkan di mana kedudukan anda 5 tahun tahun dari sekarang. Adakah ianya lebih baik atau lebih teruk dari hari ini. Rancanglah dengan teliti.

No comments:

Post a Comment