Friday, February 11, 2011

Anda pantang dicabar?


Anda pantang dicabar? Atau anda rasa tercabar? Baguslah...

Pernahkah anda mencabar diri anda sendiri?
Maksud saya ialah meletakan satu 'sale target' dan mencabar diri anda untuk mecapainya.

Anda sudah biasa dengan 'sale' bulanan sebanyak RM30,000. Ia seakan begitu mudah bagi anda. Kata orang 'kacang' sahaja. Untuk sale RM30,000 anda tidak perlu pun keluar berjumpa dengan client anda. Hanya 'submit' borang yang sudah 'pre-sign' pun anda boleh dapat sale sebanyak itu.

Jom, ikut saya. Saya ingin berkongsi sesuatu yang akan menjadikan anda hebat. Menjadikan anda luar biasa. Menjadikan anda akan rasa begitu 'puas' dengan usaha dan penat lelah anda. Jika anda katakan untuk sale RM30,000 sebagai 'kacang', kenapa tidak cabar diri anda sendiri. Letakan 'sale target' sebanyak RM100,000 sebulan. Saya maksudkan Ringgit Malaysia satu ratus ribu. Apakah ia satu angka biasa sahaja atau pelik? Tidak kisahlah apa yang terlintas di fikiran anda. Cuba cabar diri anda untuk mencapainya. Berikan 100% komitmen untuk mecapainya. Sebelum itu biar saya beritahu anda, saya baru berjumpa dengan seorang perunding 'part time' yang meletakan RM200,000 sebagai jualan minima bulanan. Dia bukan sahaja mencapai target itu, bahkan memperolehi lebih dari sekali ganda dari targetnya. Dia hanyalah perunding 'part time'. Saya tanya kenapa tidak berhenti sahaja dari pekerjaan lamanya itu. Dia memberitahu saya, suatu hari nanti dia akan berhenti juga. Sekarang dia masih boleh melakukan ke dua-duanya lagi dalam masa yang sama.

Berbalik kepada mencabar diri kita sendiri.
Seorang perunding bertanya bagaimana hendak memberikan komitmen 100% kepada 'sale' sedangkan dia ada pekerjaan lain hendak dibuat? Saya katakan kepadanya, anda menyertai sebagai perunding sebab anda ingin pendapatan sampingan dan kalau boleh lebih baik dari gaji pekerjaan anda sekarang, betul atau tidak? Dia berkata "YA". Jadi saya berkata kepadanya, anda hanya datang untuk menambah beban kehidupan harian anda atau anda ingin menjadikan ia lebih BAIK?

Sudah tentulah semua orang inginkan yang lebih baik, bukan? Jadi ikut apa yang bakal saya perkatakan ini. Setkan 'sale target' RM100,000 dan tuliskan di atas sekeping kertas, sama ada di dalam buku catitan anda ataupun kertas yang boleh anda tampalkan di hadapan meja kerja anda. Baca berkali-kali apa yang telah anda tuliskan ini. Baca dan rasakan, ia menjadi satu kemestian untuk anda memenuhi target yang telah anda tulis itu. Anda mesti baca mesej ini pada setiap pagi dan malam.

Rangkakan rancangan untuk memenuhi target ini. RM100,000 mungkin begitu besar untuk dicapai. Jadi kenapa tidak anda pecahkan kepada yang lebih kecil. Mungkin anda perlu mencari dan membaca sebuah buku Brian Tracy yang berjodol "eat that frog". Ganjil sekali bunyinya kan? Rasionalnya Brian Tracy tidak dapat makan katak itu kerana ia begitu besar dan menjijikan. Ideanya, kenapa tidak katak itu dipotong-potong kepada bentuk yang lebih kecil. Sudah tentuk kita tidak nampak bentuk katak itu, dan saiznya pula senang untuk ditelan. Apatah lagi jika dimasak dan ditambah dengan salad dan tomato. Tentunya ia menampakan hidangan yang sedap dan lazat. Nanti dulu, saya bukan menyarankan anda makan katak! Saya sedang menyarankan bagaimana anda hendak memudahkan mencapai sale sebanyak RM100,000 sebulan.

Begini, Jika di dalam satu bulan terdapat 30 hari dan anda hanya bekerja membuat sale selama 26 hari di dalam sebulan, maka bahagikan RM100,000 kepada 26 hari. Hasilnya ialah RM3,846.15 setiap hari. Untuk mudah dan selamat, katakan anda mesti membuat sale sebanyak RM4,000 setiap hari. Mudah atau sukar untuk dilakukan? Tanya kepada diri anda. Sebelum ini anda kena membuat sale sebanyak RM100,000 dan kini hanya RM4,000 sahaja. Yang mana satu lebih mudah?

Kemudiannya 'time management'. Anda perlu dan lebih tepat lagi 'mesti' mempunyai jadual kerja. Kerja anda ialah membuat sale. Jika anda boleh patuhi majikan anda pergi kerja jam 8.00 pagi dan balik jam 5.00 petang, kenapa tidak anda tidak mempunyai jadual kerja untuk diri sendiri?

Saya dahulunya, ketika masih bekerja makan gaji, saya selalu berpesan kepada diri sendiri. "aku bekerja membina kekayaan orang lain (majikan saya) dengan begitu penuh komitmen, jadi hari ini apabila bekerja sendiri, membina kekayaan diri sendiri, komitmen aku mesti 'double' atau 'triple' bahkan lebih dari itu. Tiada sesiapa pun akan membantu aku untuk mencapai kejayaan ini, melainkan aku sendiri.." So, jadual kerja anda mesti ketat....

Ahh.. teruk sangatlah bekerja sendiri...Mungkin itu yang terdetik di hati anda. Anda akan jadi lemah semangat. Kalau begitu, cuba pula kirakan ganjaran yang bakal anda terima jika anda berjaya mencapai target anda itu. Bagi perunding baru, jika sale sebanyak RM100,000 dan EPF, anda akan menerima komisyen sekitar RM2,000. Jika 'cash sale' anda akan menerima komisyen sekitar RM2,750. Mungkin ini nilai yang kecil bagi anda. Jadi kenapa tidak anda meletakan target yang lebih tinggi? Semua kiraan ini hanya untuk komisyen asas, belum termasuk bonus hujung tahun, lawatan keluar negara, Career Benefit (pencen) dan banyak lagi.....Anda juga perlu ingat anda boleh buat bisnes ini hanya dengan air liur sahaja, tiada modal digunakan untuk membeli stok.

Seperkara lagi, anda memulakan bisnes ini secara kecil-kecilan sahaja. Setiap yang kecil akan bekembang menjadi besar. Jika anda benar-benar komited dan fokus, tidak mustahil 'part time income' anda akan berkembang dari RM2,000 menjadi RM5,000, seterusnya RM10,000 dan lebih besar lagi. Cuba belek-belek 'flyer' yang dikeluarkan setiap bulan oleh syarikat ini. Lihat bagaimana 'income' perunding lain terutama di KL sana. Mungkin anda tidak perasan, ada mendapat 'career benefit atau CB' sahaja mencecah RM50,000 sebulan. Itu belum buat sale lagi dan kiraan overiding lagi.

So, apa lagi yang anda tunggu. Buat pilihan sekarang, dan bertindak sekarang...

No comments:

Post a Comment