Sunday, August 12, 2007

Berjaya membuat jualan


Membuat jualan atau lebih tepat berjaya mengajak prospek melabur melalui kita bukanlah mudah. Bahkan bagi sebahagian besar orang, untuk membuka mulut memberitahu produk kita dan mengajak mereka membuat pelaburan adalah sesuatu yang sangat berat dan terlalu sukar. Dan sememang saya akui perkara ini, lebih-lebih lagi di awal penglibatan kita di dalam industri ini.


Saya suka memetik kata-kata Brian Tracy iaitu:

Selling is in your blood.


Suka juga saya menambah, membuat 'sale' adalah seperti kita bernafas. Untuk terus berjaya, jangan lupa 'bernafas'.

Maksudnya anda mesti sentiasa membuat jualan. Tak kira masa dan di mana anda berada. Buatlah jualan. Dan anda akan belajar dari situ. Lama-kelamaan anda akan mahir. sehinggakan sambil tidur pun anda akan 'bernafas'.
Sebut sahaja perkataan mahir, sebetulnya membuat 'sale' adalah suatu kemahiran. Kemahiran tidak bukanlah suatu bakat semula jadi. Anda perlu belajar dan sentiasa mengamalkannya. Jangan berhenti belajar membuat 'sale'. Sentiasa pula mengamalkannya. Lama kelamaan pastinya anda akan mahir. Jika anda tekun dan bersungguh, sudah pasti anda akan menguasainya dengan cepat.

No comments:

Post a Comment