Saturday, May 26, 2007

Jadikan impian anda realiti


Sudah agak lama saya tidak menulis. Maafkan saya. Kesibukan dengan aktiviti harian menjadikan saya tidak sempat untuk menjenguk ke blog saya. Bukan sahaja, customer minta diservis, malah permintaan dari downline juga tak mungkin dapat ditolak. Dalam pada masa yang sama juga saya kena buat personal sale. Syukur alhamdulillah, ada juga customer baru yang datang untuk melabur di atas referal pelabur lama.


Ada seorang perunding kumpulan saya bernama F bertanya bagaimana untuk memungkinkan dia dapat income bulanan RM20k sebulan. Apakah dia perlu menjadi perunding full time?


Walaupun jawapannya barangkali mudah, untuk menjadikan ia kenyataan tidaklah semudah kita menjawab atau mendengarnya. Sebenarnya ia terletak pada diri kita sendiri. Seperti kata upline saya, "berapa u nak? so, u kena bekerja untuk mendapatkannya".


"it is up to u"


Juga ia bukannya mustahil. Bulan lepas seorang ejensi supervisor membuat komisyen RM21k lebih. "susah ke nak mendapatkannya?" tanya saya. Jawapannya, "buat target, dan berusahalah untuk mendapatkannya".


Itu dari perunding yang saya kenali, sebenarnya ramai perunding yang membuat lebih daripada itu, tidak kira dari 'rank' mana sekalipun mereka berada. Semuanya boleh mencapainya, asalkan ada kemahuan.


Apa yang penting, ada 'vision'. Takkanlah nak duduk di tahap ini selamanya. Sekarang macam ini, 5 tahun dari sekarang, kita mesti lebih baik dari keadaan hari ini. Seperti yang saya selalu tulis, tuliskan apa sahaja 'goal' anda di atas kertas. Jangan biarkan ia menjadikan bayangan di dalam fikiran sahaja. make it visualize, so u can look at it at all time. Makin kerap anda melihatnya, maka makin hampir anda dengan 'goal' anda.


Berbalik kepada 'goal' anda, buatkan 'plan' untuk mencapainya. Berikan tempoh bila anda boleh mencapainya. Senaraikan apakah halangan-halangan yang berkemungkinan akan menghalang anda untuk mencapainya. Ambil langkah untuk mengatasinya. Senaraikan apakah kekuatan anda. Juga jangan lupa senaraikan apakah kelemahan anda, kalau boleh cuba tukar kelemahan anda itu menjadi kekuatan anda.


Bercerita fasal kelemahan ini, seorang perunding lelaki mengadu kepada saya yang dia tidak pandai bercakap dan tidak boleh buat apa-apa sale, tetapi saya lihat dia cukup pandai bila bercakap dengan perempuan. Saya mengatakan kepada dia, tukarkan ia jadi kelebihan anda. Bagaimana kalau anda memfokuskan pelanggan anda kepada perempuan. Dan itulah yang terjadi, purata bulanan 'personal salenya' sekitar RM200k sebulan. Hebat bukan?


Akhir sekali, yang penting ialah kemahuan dan keinginan untuk berjaya. Letakan keinginan anda ini diperingkat tertinggi melepasi lain-lain keinginan. Dan jangan bertangguh untuk melakukannya. Lakukannya sekarang juga!


No comments:

Post a Comment