Baru-baru ini saya terbaca satu kisah di Reader's digest bulan Januari 2007. Kisah hidup Chris Gardner yang saya rasakan cukup menarik seperti tajuk yang diberikan oleh penulisnya yang berbunyi dari penjara ke wall street.
Gardner yang dilahirkan tanpa mengenali bapa kandungnya, kemudian didera oleh bapa angkat, pernah dipenjarakan dan bertahun hidup di jalanan bersama anak kecilnya.
Ketika berumur 29 tahun, bekerja sebagai jurujual, suatu hari ditempat meletak kereta dia terpandang sebuah ferrari merah sedang mencari 'parking'. Sebaik sahaja pemandunya berhenti, lantas dia bertanya, "What do you do, and how do you do it?"
Pemilik ferrari itu menjelaskan bahawa dia broker saham. Gardner bertanya lagi, berapakah bayarannya. Broker saham yang ditemuinya itu memperolehi USD80,000 sebulan. Setahu Gardner ketika itu, jurujual terbaik di tempat dia bekerja memperolehi USD80,000 setahun. Jadi, maklumat ini sungguh membuat dia teruja. Gardner ingin menjadi broker saham.
Untuk menjadi seorang broker saham dia sekurang-kurangnya memerlukan ijazah MBA. Malangnya Gardner tidak punya apa-apa. Dia hanya berpendidikan rendah, apalagi untuk menjejak kaki ke universiti. Dia tidak mempunyai kenalan politik juga tidak punya wang untuk belajar.
Selama berbulan-bulan dia mencari peluang untuk menjadi broker di wall street. Sambil itu dia melakukan berbagai pekerjaan untuk menampung hidupnya. Dia pernah mencuci bangunan, memunggut sampah, membersih halaman orang dan juga membaiki bumbung rumah. Semua sudah dia lakukan namun cita-cita untuk menjad broker saham sentiasa membara di dalam jiwanya.
Suatu ketika dia di tahan polis kerana kesalahan tidak membayar 'parking'. Akibatnya dia dipenjarakan selama beberapa bulan. Anaknya dilarikan oleh bekas teman wanitanya. Akhirnya dia dibebaskan dari penjara.
Cita-citanya untuk menjadi broker saham di wall street tidak pernah padam. Selepas keluar penjara dia mendapat satu temuduga. Dia menghadiri temuduga itu dengan hanya memakai 'windbreaker' dan seluar 'bellbottom'. Kerana simpati dan ingin memberi peluang, Gardner berjaya dalam temuduga itu.
Dia mula mejadi pelatih broker saham. Dalam pada masa yang sama bekas teman wanitanya menyerahkan anaknya kembali kerana tidak sanggup menjaganya lagi. Gardner berbesar hati untuk menjaga anaknya kembali. Tetapi malang sekali dia tidak mempunyai tempat tinggal. Jadi di siang hari dia membawa anaknya ke tempat kerja, dan dia merempat di jalanan bersana anaknya.
Akhirnya, kisah duka hidupnya menjadi kenangan. Gardner berjaya mencipta nama di wall street dan memenuhi impiannya menjadi seorang broker saham. Dalam tahun 1987 dia membuka syarikat sendiri, Gardner Rich & Co. di Chicago dan membeli ferrarinya sendiri.
Gardner tidak melihat kisahnya sebagai sebuah cerita dongeng kosong. Katanya, "mine is a story of how to empower yourself and beat the odds stacked against you. My life could have been easily derailed by domestic violences and homeless, but I made a choice to not let those things sink me. You can break the destruction cycles that ensnare you. Be smart, have a plan and hold on to the people you love"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment