Wednesday, January 17, 2007

Berilah peluang kepada diri anda


Berilah peluang kepada diri anda untuk berjaya.
Ianya bermaksud, apabila sekali anda telah membuat keputusan untuk mencuba sesuatu perkara atau bisnes, dua perkara berikut adalah satu kemestian, iaitu:
1) Berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya.
2) Berilah masa untuk mencapainya.

Berusaha bersunguh-sungguh ialah melakukannya dengan tekun, sabar dan istiqamah. Anda telah membuat keputusan untuk menyertai industri ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk berjaya terutama sekali untuk mencapai "financial freedom". So apa lagi yang mesti anda tunggu. Berusahalah bersunguh-sungguh. Ini perniagaan anda. Yang yang menentukan hala tuju perniagaan ini. Hendak ke belakang atau ke hadapan.

Apabila anda telah meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam melakukannya, berilah ia MASA untuk berkembang. Berilah masa yang munasabah. Katakan anda perlukan 1 tahun menjadi Agency Supervisor. Jadi rancangkanlah dengan jelas bagaimana anda boleh mencapainya.

Peluang sudah berada di depan anda. Apakah anda hendak membiarkan ia berlalu begitu sahaja? Keputusan yang anda buat pada hari akan menentukan di manakah anda berada pada 2 tahun atau 5 tahun akan datang.

Katakan kepada diri anda sendiri, "Jika aku ingin melakukan sesuatu, aku akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya".

No comments:

Post a Comment