Friday, May 11, 2007

Meeting bulanan di SP branch





Pada 10/05/2007 lalu di adakan meeting bulanan di SP branch bermula jam 8.00 malam. Ramai juga perunding yang hadir walaupun hujan turun dengan lebat sebelum itu.



Seperti biasa branch manager yang bercakap membentangkan beberapa isu dan maklumat yang perlu diketahui oleh semua perunding.



Apa yang menarik pada malam itu, terdapat speaker jemputan iaitu Rodaini dari Butterworth branch. Beliau membuka bicara mengenai "team building". Menarik juga topik yang dikongsi bersama dengan cara beliau sendiri. Beliau lebih banyak menerangkan bagaimana beliau membina kumpulan atau ejensi dengan begitu cepat dan menghasilkan jualan kumpulan RM25 juta dalam masa 4 bulan pertama tahun 2007. Sedangkan Branch Manager di tempatnya memberikan target sebanyak RM18 juta untuk tahun 2007. Hebat! itulah yang terpacul dari mulut hadirin malam itu.



Apa yang menarik malam itu ialah, cerita bagaimana pada suatu petang beliau menelefon pelanggannya untuk bertanya khabar. Pelanggannya menjawab beliau masih di pejabat menyiapkan kerja dalam keadaan tertekan ditambahkan ada 'auditor' membuat lawatan pada hari itu. Rodaini cuba bergurau dengan pelanggannya dengan berkata beliau juga masih berada di pejabatnya. Tetapi hanya suka-suka bekerja dengan gembira dan tiada sesiapa pun yang mengarahnya berbuat begitu.



Lalu saya teringat kepada diri saya sendiri. Dahulu saya masuk kerja pukul 7.55 pagi dan pulang pada pukul 5.23 petang tetapi biasanya pukul 7.30 malam kerana terpaksa menyiapkan kerja. Tetapi pada hari ini saya datang ke pejabat mengikut suka hati saya. malah ada ketikanya jika malas, saya tidak datang langsung ke pejabat untuk beberapa hari. Jika datang pula, saya pulang bila-bila masa saya suka. Saya suka berada di pejabat kerana saya gembira di sana bertemu perunding lain dan bertukar-tukar idea. Mengenai pendapatan pula, anda mungkin boleh membuat anggaran gaji seorang jurutera yang berkhidmat lebihkurang 10 tahun di tempat lama. Dan dengan kerjaya baru ini saya menikmati hampir 4 kali ganda gaji lama saya. Jadi bagaimana saya tidak boleh gembira dengan karier baru saya.



Saya percaya, anda juga akan gembira seperti saya jika anda berada di tempat saya. Saya juga percaya kita semua mempunyai peluang yang sama. Tiada sesiapa pun yang tidak bernasib baik, malah nasib kita semua akan bertambah baik jika kita berusaha lebih kuat.

Work hard and work smart.

No comments:

Post a Comment