Percaya atau tidak apa yang anda lalui hari ini ataupun apa yang anda dapati pada hari ini ialah disebabkan oleh apa yang telah anda pilih suatu ketika dulu. Dengan perkataan lain kita menjadi apa yang kita mahu jadi.
Contohnya anda berjaya memasuki dan belajar di universiti adalah disebabkan itulah pilihan anda. Sekali anda membuat pilihan, sudah tentu anda akan berusaha secara sedar atau tidak untuk memperolehinya atau memilikinya. Begitu juga sebaliknya, jika dari awal lagi anda sudah tentukan bahawa cukuplah anda belajar setakat SPM, maka itulah yang anda akan dapati.
Seorang rakan saya berkata dia menjadi guru kerana tiada pilihan lain. Disebabkan tiada pilihan tersebut, maka dia terpaksa menjadi guru sekolah sehingga sekarang iaitu lebih 20 tahun. Sebenarnya ia adalah salah. Itu adalah pilihannya. Mungkin dia tidak menyedarinya. Dia mungkin menjadi wakil rakyat jika dia memilih untuk menjadi wakil rakyat atau menjadi ahli perniagaan jika itulah pilihannya.

Satu contoh yang lain, seorang rakan sewaktu sekolah menengah dahulu berkata cukuplah dia bersekolah sehingga SPM sahaja. Yang kemudiannya menyedari bahawa betapa payah dan susahnya kehidupan selepas itu. Lalu dia mahu mengubah segala keperitan itu, lalu menyambung pengajiannya di kolej swasta untuk beberapa tahun yang kemudian berjaya mendapat ijazah di dalam bidang arkitek. Selepas bekerja sebagai seorang arkitek, menubuhkan syarikatnya sendiri dan kini menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. itulah seorang kenalan saya yang memilih untuk tidak mewarisi kemiskinan keluarganya lagi.
Seperti saya sendiri suatu waktu dahulu, saya memilih untuk bekerja di sektor perkilangan. Tetapi selepas satu tempoh yang agak lama, saya mahu perubahan. Saya tidak mahu bekerja di kilang lagi. Saya tidak mahu bekerja dalam tempoh waktu yang panjang. Setiap hari di sepanjang waktu, saya akan berhadapan dengan computer screen membuat lukisan kejuruteraan. Saya merasakan kerja saya itu cukup membosankan. Yang lebih penting lagi, saya tidak sesuai bekerja di bawah arahan boss. Saya tidak suka menerima arahan. Dan saya tidak suka orang lain menilaikan kerja atau prestasi saya. Saya suka bebas. Kalau boleh saya mahu jadi boss. Biarlah saya sendiri yang tentukan berapakah gaji saya sebulan dan berapakah kenaikan gaji saya setiap tahun. Saya mula berfikir-fikir untuk berhenti kerja di situ. Semakin lama berfikir, saya terus berfikir. Banyak andaian dan kebimbangan yang bermain di fikiran. Ini tak boleh jadi. Saya tidak boleh terus berfikir. Saya mesti bertindak. Untuk bertindak, saya mesti berani. Saya mesti berani menghadapi segala kemungkinan. Dan terus sahaja saya berhenti dari kilang. Dan itulah yang saya dapati. Saya kini bekerja sendiri atau saya menjadi boss sendiri.
Dulu-dulu saya pernah bimbang, jika saya berhenti kerja, adakah cukup duit nak bayar bulanan ansuran rumah, duit sekolah anak-anak, nak bayar kad kredit, nak bayar bil itu dan bil ini, nak hantar ke kampung lagi, ansuran kereta lagi dan macam-macam lagi. Saya mendapat tentangan yang hebat dari orang-orang di sekeliling saya, lebih-lebih lagi isteri saya. Tetapi sekarang, alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi tuhan yang maha besar. Semenjak berhenti kerja bergaji tetap, belum pernah lagi ‘ter-mis’ bayaran semua bil-bil itu. Malah boleh membeli kereta baru lagi. Sekarang saya sedang berkira-kira untuk membeli rumah baru pula. Bilangan anak pula sudah bertambah lagi. Saya bekerja dengan lebih ceria. Saya tentukan bila saya perlu bekerja. Setiap hari bila bekerja, saya suka berjumpa dengan ramai orang yang berbagai ragam. Malah dengan karier baru saya ini, saya merasakan saya membantu orang ramai merancang kewangan dan menabung. Bukankah itu kerja yang mulia?
Berbalik kepada tajuk tulisan saya ini, cuba fikir sejenak. Kenapa kita mesti menjadi susah atau terpaksa melalui apa yang kita tidak suka, sedangkan kita ada pilihan lain. Kenapa mesti berada dalam kesempitan sedangkan boleh memilih untuk senang. Kenapa mesti ada orang lain yang menentukan berapakah kenaikan gaji kita dan bukannya kita sendiri?
Fikirlah. Jika kita membuat keputusan begini atau begitu, dan kemudian bertindak begini atau begitu, di manakah kedudukan kita dalam masa 5 tahun akan datang. Adakah ia masih tempat yang sama atau menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk. Atau biarlah kita begini sahaja selama-lamanya.
Buatlah keputusan sekarang dan bertindaklah segera.

No comments:
Post a Comment