Terdapat satu teknik jualan lain yang cukup singkat, tetapi sangat kemas. Jika ia dipraktikkan dengan betul, hasilnya sangat memuaskan.
Teknik jualan ini dapat dipraktikkan, apabila kita telah bertemu dengan bakal pelanggan dan sedang duduk semeja dengan untuk menerangkan produk kita. Sebelum itu pastikan bakal pelanggan itu tidak mengetahui apakah produk kita. Katakankan sebelum itu, kita membuat temu janji untuk berkongsi satu produk simpanan yang berkesan.
Di sini mungkin bakal pelanggan tidak mahu bertemu dengan kita, katakana kepada, tidak mengapa jika ‘encik’ tidak berminat, tetapi mungkin selepas penerangan saya nanti, encik dapat berkongsi dengan lain, dan encik dapat membantu mereka pula untuk membuat simpanan. Anda tetapkan satu tarikh untuk berjumpa. Ingat jangan biarkan dia yang menetapkannya. Di sini biasanya bakal pelanggan tidak dapat menolak.
Apabila telah bertemu dan duduk semeja dengan pelanggan, keluarkan sekeping kertas kosong dan pen. Katakan saya ada satu produk pelaburan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Pulangan yang tinggi – katakana sekitar 10% ~ 12%
2) Modal yang tidak hilang
3) Insuran takaful percuma
4) Pelaburan yang berlandaskan islamik
5) Selamat – sebab ada pemegang amanah (trustee)
6) Syarikat pelaburan swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia
7) Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun
8) Dan lain-lain (minta pelanggan tambah, pelaburan yang bagaimana dia mahu)
Terangkan dengan jelas bahawa, semua ciri-ciri ini dimiliki oleh pelaburan ini. Jadi, tanyakan kepada bakal pelanggan tersebut, “adakah pelaburan ini sangat baik atau menarik?’ Jangan jawab untuk pelanggan anda biarkan dia jawab. Jika dia mengatakan tidak baik atau tidak bagus, Tanya dia bahagian mana? Terangkan sekali lagi sampai dia berpuas hati. Keluarkan semua dokumen sokongan atau contoh penyata atau keratan akhbar yang anda ada.
Tetapi, andaikata ia menyatakan pelaburan ini baik dan bagus, tanyakan kepadanya, “Kalau ia bagus, berapa banyakkah encik sanggup melabur?” Untuk bahagian ini anda mesti menjawab dengan cepat, “bagaimana dengan RM100,000?”
Jika dia mengatakan dia tidak ada duit sebanyak itu, kurangkan nilai itu kepada separuh, dan begitulah seterusnya sehingga dia bersetuju untuk melabur.
Ingat! Keluarkan borang serta merta dan minta kad pengenalan. Jangan tunggu sampai dia sejuk. Isikan borang tersebut dengan segera. Minta cek atau penyata KWSP dan segeralah buat salinan kad pengenalan tersebut. Jika ia pelaburan tunai (selain KWSP), seboleh-bolehnya jangan biarkan dia bank-in sendiri wang tersebut. Bantu dia dengan cara meminta cek atau pergi ke bank bersama-samanya.
Jika dia mengatakan, dia perlu berbincang dengan isteri atau suaminya, anda hendaklah bersetuju, tetapi minta satu temujanji lagi, kalau boleh minta dia datang bersama-sama isteri atau suaminya. Anda yang tentukan bila atau tarikh anda patut berjumpa lagi, ingat jangan biarkan dia berkata “lain kali sahaja”. TENTUKAN TARIKH dan MASAnya.
Semoga berjaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment