Friday, July 02, 2010

Merancang aktiviti anda


Salam sejahtera semua perunding.
Tahukah anda, apakah perkara yang nampaknya begitu remeh atau leceh tetapi memberikan impak yang besar terhadap perniagaan anda bahkan kejayaan kepada sesiapa sahaja.

Ia adalah pengurusan masa anda. Pengurusan masa yang berkesan akan memberikan perbezaan nyata, sama ada anda berjaya atau tidak. Pengurusan masa yang berkesan dan cekap adalah asas kejayaan memastikan anda berada dilaluan betul menuju ke arah puncak kejayaan.

Tetapi sebelum itu, anda kena faham, apakah makna kejayaan. Setiap orang mempunyai definasi yang berlainan tentang kejayaan. Biarpun apakah definasi kejayaan bagi anda, pokok utamanya ialah mempunyai wang yang banyak, paling kurang ia memenuhi keperluan anda. Walaupun saya bersetuju wang bukanlah segala-galanya, tetapi ia begitu penting sebagai ukuran kejayaan anda. So, anda telah faham, bahawa anda bekerja untuk mencari wang. Lagi banyak lagi bagus, benar bukan? Tetapi bagaimana wang boleh datang kepada anda?

Prinsipnya cukup mudah. Anda bekerja dan anda memperolehi wang. Betul bukan? Tetapi sikap terhadap kerja juga merupakan faktor berapa banyak wang yang akan anda perolehi.

Melakukan kerja secara teratur, bersistematik dan berterusan akan memastikan anda memperolehi apa yang anda hajati. memang sudah menjadi sifat manusia yang mudah merasa jemu melakukan sesuatu pekerjaan selepas beberapa ketika. Selepas itu mulalah anda akan bekerja mengikut 'hati'. Jikalau suka atau terpaksa, anda akan melakukannya. Jikalau malas atau mengantuk, anda mulalah meninggalkan atau menangguh apa yang sedang anda lakukan. Betul bukan? Inilah yang akan menjadi batu penghalang kepada cita-cita anda.

Jadi bagaimana ada boleh mengatasi batu penghalang ini? Itulah yang saya sebutkan pengurusan masa yang berkesan dan cekap. Ia mungkin agak sukar diperingkat permulaan, tetapi jika diamalkan, lama-kelamaan ia akan menjadi mudah sebab sudah sebati dengan diri anda.

Mulakan dengan merancang aktiviti anda keesokan hari anda. Jika anda bekerja atau perudning sambilan, rancang aktiviti anda selepas waktu kerja. Ini termasuklah apa yang hendak dibuat, waktu bila, di mana dan siapa. Sekiranya anda perunding sepenuh masa, mula merancang aktiviti anda seawal pagi yang boleh. Contohnya seperti saya, saya akan ke pejabat pada pukul 9.00 pagi, menyemak jadual temujanji dan mula membuat panggilan kepada pelanggan sehinggalah pukul 12.00 tengahari. Ada perunding yang membuat temujani makan tengahari dengan pelanggan. Kemudiannya, rehat untuk solat zohor sehinggalah pukul 2.00 petang. Selepas itu mula menyediakan borang-borang pelaburan pelanggan untuk di 'submit'. Pada pukul 4.00 petang menyemak akaun-akaun pelaburan pelanggan sehinggalah pukul 5.00 ptg atau temujanji dengan kumpulan perunding di bawahnya. Merancang aktiviti sahaja tidak mencukupi, anda mesti mematuhinya dengan berdisiplin.

Seperti kata seorang pakar pengurusan masa, 'lakukan perkara yang sukar dahulu, diikuti perkara-perkara yang lebih mudah'. Jadikan masukkan aktiviti yang anda rasa sukar di awal pagi di dalam jadual aktiviti anda, contohnya jika anda merasakan sukar untuk membuat panggilan telefon kepada pelanggan anda, lakukan yang ini dipermulaan. Paksa diri anda untuk melakukannya.

Jumpa anda di puncak kejayaan!

Tuesday, June 22, 2010

Jangan bekerja seorang diri


Apakah yang dimaksudkan jangan bekerja seorang diri?
Mudahnya, anda perlu bekerja secara berkumpulan iaitu lebih daripada seorang. Apakah kebaikan bekerja berkumpulan ini?

Mungkin anda telah melalui detik-detik di mana anda menjadi letih apabila bekerja mencari sale yang seolah-olah tiada kesudahan. Dan barangkali anda merasa hairan bagaimana seorang ejen perunding yang lain mendapat pendapatan yang lebih banyak dari anda. Apakah lebihnya mereka berbanding anda?

Biar saya berkongsi satu konsep yang mudah dengan anda, di mana ketika anda tidur pun anda tetap mendapat komisyen. Tentu ia menarik bukan?
Setiap orang mempunyai masa 24 jam setiap hari. Paling kuat atau maksima, anda boleh bekerja hanya 24 jam sehari sahaja, tetapi adakah anda mampu melakukannya begitu. Biar saya misalkan, setiap orang hanya mampukan bekerja 8 jam sehari, dan itulah yang sebaiknya. Anda seorang diri mampu bekerja dengan produktif selama 8 jam sehari. Anda juga mempunyai beberapa orang downline yang juga bekerja selama 8 jam sehari. Katakan anda mempunyai 10 orang downline.

Masa anda bekerja ialah 8 jam. Masa downline anda bekerja ialah 8 jam di darab dengan 10 orang, menjadi 80 jam bekerja. Dicampur dengan masa anda bekerja, ia menjadi 90 jam sehari masa anda bekerja secara produktif. Inilah yang dikatakan leverage. Ianya cukup jika anda menggunakannya.

Mungkin anda belum nampak apakah kebaikan leverage ini. Katakan anda berada di level AS dan membuat sale sebanyak RM50,000. Sementara 10 orang orang downline anda membuat sale sebanyak RM20,000 setiap seorang. Jumlahnya ialah RM200,000. Boleh anda kira berapa pendapatan anda bulan tersebut?

Katakan semua sale ini adalah jualan KWSP. Maka komisyen anda sendiri ialah RM1,145.00 dan overidding di atas sale downline anda ialah RM580.00.
Jumlah keseluruhannya ialah RM1725.00, yang mana ia sudah cukup bagus jika anda hanya seorang ejen separuh masa. Itu belum dikirakan lagi Career benefit dan bonus hujung tahun. Mungkin anda pernah dengar seorang ejen membuat jualan lebih kurang RM100,000 sebulan, manakala kumpulan ejensinya membuat sale sebanyak RM5 juta sebulan? Boleh anda congak berapa pendapatannya sebulan? Lumayan bukan?

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah rekrut ejen baru anda seramai yang mungkin. Rekrutlah dengan apa cara sekalipun. rekrutlah di mana-mana. Ada seorang ejen yang kreatif merekrut ejen barunya di seluruh malaysia hanya melalui laman web sosial seperti facebook. Semakin ramai ejen anda, semakin besarlah komisyen anda. bayangkan anda memperolehi RM20,000 komisyen setiap bulan. Apakah ianya mustahil?
Yang pentingnya anda mesti berani bercita-cita untuk mencapainya dan anda mesti sedar yang ianya bukanlah mimpi kosong. Inilah masanya untuk mengubah gaya hidup anda. Jangan bertangguh lagi!

Berbalik kepada merekrut ejen baru seramai yang mungkin ini, cubalah sedaya upaya, jika anda mempunyai masalah, dapatkan bantuan dari upline anda. Seperti kata Saudara Abdul Malek seorang Agency Manager dari baru-baru ini, kalau anda tak dapat membuka restoren 'Secret Recipe' kerana kosnya terlalu mahal, bukalah restoren 'no secret my recipe'. Dalam maknanya. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, June 15, 2010

KWSP: 36 jenis penyakit kritikal dilindungi

36 penyakit dilindungi dana KWSP
Oleh Alzahrin Alias

2010/06/15
Pengeluaran Kesihatan penyakit kritikal baru kuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah jumlah penyakit kritikal yang boleh dikeluarkan di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, jumlah penyakit kritikal yang baru berkuat kuasa hari ini.

Senarai ini diperluaskan selepas KWSP mengambil kira kos yang tinggi diperlukan bagi merawat penyakit kritikal dan bagi meringankan beban kewangan ahli dalam mendapatkan rawatan berkenaan.

Selain daripada 36 penyakit kritikal ini, ahli juga boleh membuat pengeluaran bagi merawat ahli keluarga berumur di bawah 16 tahun untuk tiga lagi penyakit kritikal iaitu lelah yang teruk, leukemia dan kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Azlan berkata, bagi pengeluaran kesihatan ahli dibenar mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 bagi membiayai kos rawatan penyakit kritikal untuk diri mereka dan ahli keluarga.

“Ahli keluarga di bawah pengeluaran ini termasuk pasangan suami isteri, anak, anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi perundangan, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa angkat yang sah dari segi perundangan dan adik-beradik.

“Namun ahli tidak layak untuk memohon pengeluaran ini sekiranya penyakit yang dihidapi mereka tidak dinyatakan dalam senarai penyakit kritikal KWSP atau kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan ahli atau majikan ahli keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata, semua pengeluaran tertakluk kepada kesahihan laporan kesihatan, bil dan resit yang tidak melebihi tempoh satu tahun dari tarikh permohonan pengeluaran dibuat di atas nama pesakit atau pemohon.

Wednesday, June 09, 2010

Berita gempar!


Berita ini dah sebulan yang lepas. Tapi saya rasa perlu diketahui ramai kerana tentu sekali ia boleh membakar semangat kita semua untuk terus bekerja lebih keras dan lebih bersungguh-sungguh.

Sebulan yang lepas, cawangan sg petani digemparkan oleh seorang ejen perunding yang baru sahaja menyertai industri ini dengan jualan peribadi sebanyak RM1 juta. Tahniah saya ucapkan kepadanya dan biar saya katakan, Anda Hebat! Mungkin anda semua ingin tahu berapa pendapatan komisyennya bulan tersebut. Sekali congak, komisyennya tidak kurang dari RM27,500. Itulah adalah pendapatan untuk bulan tersebut, belum dikirakan dengan Career Benefit yang bakal diperolehinya. Hebat bukan? Pendapatan sebulan untuk seorang ejen yang baru sahaja menceburi bidang ini. Anda bagaimana?

Barangkali untuk sekadar alasan dan menyedapkan hati nurani anda, anda akan berkata, "dia boleh lah, dia kontek ramai" atau "dia labur duit sendiri tu"... apapun yang anda kata, telah ramai ejen baru sepertinya melakukan perkara tersebut, iaitu berjaya memperolehi sale yang besar setiap bulan. Jadi ia bukan milik ejen tadi seorang. Dengan perkataan lain, semua orang mampu melakukannya dan apa yang membezakannya ialah 'kemahuan'.

Ingin saya berkongsi sebuah cerita benar ketika saya menghadiri sebuah seminar motivasi tidak lama dulu. Ramai peserta yang menghadiri seminar ini walaupun kosnya RM250 untuk tempoh 8 jam. Penceramahnya nampak begitu bersemangat sekali ketika berucap di atas pentas dihadapan para peserta. Suatu ketika, beliau mengeluarkan wang kertas RM50 dan bertempik, "siapakah yang mahu wang ini?" Maka ramailah para peserta mengangkat tangan sambil menjerit, saya! saya! dan saya! Riuh rendah dewan seminar itu jadinya. Kali ke dua penceramah itu bertempik lagi, "siapakah yang mahu wang ini?" sambil dia mengangkat dan menggoyang wang itu tinggi di atas kepalanya. Sekali lagi hampir keseluruhan para peserta menjerit, "saya! saya! dan saya!" Sekali lagi dewan itu menjadi riuh rendah. Dan buat kali ketiga penceramah itu ulang bertempik, "siapakah yang mahu wang?"... di dalam masa yang sama seorang peserta wanita bangun berlari meluru menaiki pentas, menuju ke arah penceramah itu dan cuba menyambar wang kertas RM50 di tangan penceramah tersebut. Kali pertama penceramah itu berjaya mengelak, tetapi peserta wanita itu menjadi lebih agresif, dia melompat dan cuba menyambar wang tersebut dan dia berjaya. Lalu dia berjalan berpatah balik bersama wang RM50 ke tempat duduknya. Gempar seketika. Tetapi penceramah itu hanya tersenyum dan mula bertanya, "apakah yang membezakan dia dengan anda semua?"... Dewan menjadi sunyi sepi.

Lalu penceramah memberikan penjelasan. Motif di sebalik kejadian ialah begini, anda semua mahukan wang, mahukan kejayaan, mahukan kebebasan kewangan... tetapi apakah tindakan yang telah anda ambil. Ramai yang mahukan wang yang banyak, tetapi tiada sebarang tindakan, kalau ada pun hanya sekadar 'lebih kurang' sahaja. Seperti wanita tadi, beliau mahukan wang yang ada di tangan penceramah, tindakan beliau ialah bangun, berlari dan cuba mencapai wang tersebut. Hasilnya, beliau berjaya memperolehi wang itu.

Kembali kepada diri kita sendiri. Kebanyakkan dari kita selalu mengimpikan wang yang banyak. Tetapi impian hanya tinggal mimpi, kita jarang berusaha keras dan bersistematik untuk memperolehinya. Acap kali, kita mula berusaha dengan begitu bersemangat tetapi apabila ada rintangan dan halangan, kita gagal terduduk, kita mula berputus asa. Lantas kita cuba beralih arah mencari bisnes yang lebih mudah untuk mendatangkan duit. Ini adalah salah sama sekali.

Jika ini yang anda lakukan di dalam hidup anda, cuba bayangkan berapa banyak bisnes yang akan anda cuba dan berapa banyak modal yang akan anda belanjakan sepanjang pencarian anda. Sebaliknya apa yang sepatutnya anda lakukan ialah istiqamah atau berkekalan dengan jalan yang baik yang telah anda pilih dan berusaha sedaya-upaya, tidak kira apa halangannya atau berapa kali kegagalan yang anda tempuhi. Jika cubaan pertama atau kedua anda gagal, cuba renung kembali, fikirkan apakah yang telah anda lakukan dan bangun semula dengan pendekatan lain yang lebih professional. Sematkan di dalam minda anda, di mana ada kesulitan atau kepayahan, di situ ada jalan atau hikmah untuk anda memperolehi kejayaan.

Tanya sesiapapun yang telah jauh berjaya di atas sana, mereka telah melalui segala onak dan duri dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan, bukannya melarikan diri cuba mengelak dari masalah.

Dan anda juga perlu bertindak seperti ini. Mungkin sebelum ini anda telah melakukan kesilapan, tetapi anda masih mempunyai peluang untuk membetulkannya.

Tuesday, June 08, 2010

Duit raya


Pejam celik, pejam celik hari raya aidilfitri akan menjelang tak lama lagi. Bila sebut nak raya, perkara pertama sekali yang terlintas di fikiran ialah duit nak belanja raya.

Minggu lepas seorang 'downline' dari kumpulan saya mengeluh ketika berbual kosong di restoren nasi kandar di sg petani. "aduh! raya dah nak dekat, mana nak cekau duit ni...insuran kereta nak mati pula ni"

Saya tersenyum bila mendengar keluhannya ini. Ini bukan bukan perkara baru. Bukan dia seorang yang mengeluh seperti itu. Ramai yang menghadapi masalah seperti ini. Cuma yang berbeza ialah cara mereka menghadapinya.

Mari kita berkongsi sedikit tip bagaimana hendak menceriakan hari raya anda. Congak-congak di kepala, mula start berpuasa pada pertengahan bulan Ogos jadi harusnya hari raya aidilfitri jatuh bulan pada pertengahan bulan September. Sekarang ini sudah hampir pertengahan bulan Jun. Habis bulan Jun, datang pula bulan Julai dan Ogos, so kita masih ada masa lebihkurang 3 bulan sebelum hari raya. Tetapi biasanya persiapan hari raya kita buat awal sebelum itu. Katakan sebulan sebelum itu. Tolak lagi sebulan, tinggal 2 bulan lagi yang kita ada.

nampaknya masa yang tinggal semakin pendek. Tetapi biarlah saya katakan 2 bulan yang ada sudah mencukupi untuk kita semua mencari duit belanja raya.

Mula-mula sebagai perunding unit amanah, anda tidak perlu memikirkan cara atau kaedah lain untuk mencari duit. Hanya fikirkan fasal unit amanah dan bagaimana caranya untuk tingkatkan 'sale'. Untuk memudahkan lagi, fikirkan hanya jualan skim KWSP sahaja. Percayalah kepada saya, anda membuang masa dan membuang duit apabila memikirkan kaedah lain untuk mendapatkan duit raya.

Fokuslah kepada perniagaan anda ini iaitu unit amanah. Katakan anda memerlukan RM2,000 untuk perbelanjaan raya ini. Untuk membuat atau memperolehi RM2,000 sebagai komisyen, anda perlukan jualan sebanyak RM100,000. Wah, mungkin anda katakan ianya sukar. Tetapi tunggu dulu. Permudahkan caranya. Anda hanya perlu membuat sale sebanyak RM5,000 setiap hari. Katakan anda hanya bekerja selama 20 hari sahaja di dalam sebulan. Bermakna, anda sudahpun mengumpul jualan sebanyak RM100,000. Tidakkah itu mudah? Untuk membuat sale sebanyak RM5,000 anda tidak perlu menghabiskan masa sehari suntuk. Biasanya 1 jam sehari sudah melebihi dari apa yang cukup. Mungkin anda mengatakan ia masih sukar. Baiklah, jika anda masih mengatakan seperti ini, ini bermakna, pengetahuan anda di dalam unit amanah masih kurang. Jangan bimbang, anda masih belajar. Yang penting ialah kemahuan anda untuk mendapatkan duit seperti yang anda inginkan.

Mungkin anda perlukan contoh. Saya mempunyai seorang ejen perunding yang menyertai perniagaan ini secara part time sahaja. Dia sememangnya memerlukan komisyen sebanyak RM2,000 sebulan. Jadi, dia mesti mendapatkan sale sebanyak RM100,000 setiap bulan. Dan pastinya setiap bulan dia sentiasa mendapat sale sebanyak itu, dan biasanya lebih daripada itu. Tetapi yang hebatnya yang saya cukup mengkagumi beliau ialah, dia memperuntuk masa hanya 5 hari sahaja di dalam setiap bulan untuk mendapatkan sale itu. hebat bukan? Itulah yang saya katakan, jika ada kemahuan, di situ ada jalan.

Akhir sekali jangan lupa, seperti yang kita bincangkan di awal tadi, anda masih mempunyai 2 bulan lagi untuk menyediakan perbelanjaan hari raya. Jika setiap bulan anda berjaya mendapatkan komisyen RM2,000 maka dua bulan menjadikannya RM4,000. So anda ada RM4,000 untuk menyambut hari raya yang bakal tiba ini.

Jadi berusahalah bersungguh-sungguh.

Monday, March 22, 2010

Anda semakin lesu?

Lama saya tidak menulis diruangan ini. Barangkali tiada gunanya saya memberikan pelabagai alasan untuk sebab tidak menulis di sini.

Biar saya mulakan dengan satu soalan ringkas tetapi mungkin membuatkan kita berfikir panjang, itu pun jikalau anda mahu berfikir. Bagaimana dengan 'sale' anda? adakah semakin baik atau semakin berkurangan atau sememangnya sudah lama anda tidak membuat sale?

Jika 'sale' anda semakin baik, baguslah. Tentunya pendapatan anda semakin baik. Tetapi jika 'sale' anda semakin berkurangan atau langsung tiada 'sale', apa nak dikatakan. Boleh jadi tidak salah jika saya katakan itulah hasil dari pilihan yang kita telah buat, 'memilih untuk tiada sale'. Barangkali kenyataan ini tidak lucu bagi anda, so apa lagi, hendak memberikan pelbagai alasan kepada diri anda supaya anda tidak rasa bersalah. Tidak mengapalah, saya bukan hendak berleter.

Mari kita sama-sama mengimbau kembali kenapa kita menyertai 'bisnes' perunding unit amanah ini dulu? Berilah jawapan yang jujur jauh dari dalam diri anda sendiri. Jika saya, saya akan katakan, saya menyertai bisnes kerana hendak mencari duit sebab saya sememangnya tiada pekerjaan. Bagaimana dengan anda? Saya tahu ramai di antara anda yang menyertai perniagaan ini semata-mata kerana hanya mencari pendapatan sampingan sahaja.

Buka minda anda sejenak, biar saya jelaskan, jika kena caranya, pendapatan sampingan anda sebagai perunding unit amanah boleh jadi lebih besar dari pendapatan tetap anda. Mungkin anda tidak percaya. Cuba masuk ke website utama syarikat unit amanah kita, lihat bagaimana seorang perunding kita membuat sale berjuta-juta RM yang mana komisyen sebulannya lebih dari RM400 ribu. hebat bukan? Jika anda kata bisnes ini tidak boleh atau sukar diwaktu-waktu seperti ini, kenapa orang lain boleh? Anda dengar dan anda lihat ramai perunding unit amanah yang 'tumbang' di waktu krisis seperti ini. Tetapi anda jangan menafikan ramai juga perunding yang berjaya. Tetapi kenapa? Sebabnya cuma satu, mereka memilih untuk membuat sale yang besar! Itu sahaja.

Jadi anda bagaimana? Apakah pilihan anda? Adakah anda memilih untuk melihat sahaja atau merebut peluang di depan mata... Jika anda bertanya kepada saya apakah bisnes yang paling murah berbanding bisnes lain... inilah bisnes yang anda cari... hanya bermodalkan 'air liur' sahaja. Sembang-sembang sambil minum kopi, isi borang dan dapat komisyen....simple bukan?
Keputusan di tangan anda. Jika anda perlukan bantuan, sila hubungi saya

Wednesday, August 12, 2009

Menetapkan sasaran anda



Pernahkah anda bekerja tanpa tujuan? Mungkin anda masih keliru dengan pertanyaan saya ini. Atau anda mungkin berkata, “saya bekerja untuk mendapatkan gaji atau upah seterusnya untuk menyara diri dan keluarga saya”


Baiklah, jawapan itu adalah diantara sebahagian besar jawapan yang saya terima apabila bertanyakan ia kepada ramai perunding .


Teringat kisah lama, suatu masa dahulu, ketika saya bekerja di sebuah syarikat pengeluar barangan elektronik, sememangnya kita bekerja untuk mendapatkan upah atau gaji. Tetapi majikan menggajikan kita untuk tujuan tertentu. Misalnya, saya dahulu ditugaskan untuk merancang, merekabentuk, memasang, menguji dan menyiapkan sebuah pemain DVD. Akhirnya dijual dan sampai ke tangan para pembeli. Untuk sampai ke tahap itu, perancangan dibuat begitu teliti, kerja-kerja merekabentuk, memasang dan menguji malah mengubahsuai, yang mana ia memakan masa yang lama dan akhirnya ia pun siap. Itulah tujuan majikan saya mengajikan saya, menghasilkan sebuah pemain DVD.


Sudah tentu tujuan saya bekerja dan majikan menggajikan saya adalah berbeza. Saya bekerja untuk mendapatkan upah dan majikan ingin mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.


Kembali kepada diri kita sendiri. Apabila anda menjadi perunding unit amanah, bermakna anda mengusahakan perniagaan sendiri. Anda adalah majikan kepada diri anda. Lebih tepat lagi anda adalah boss kepada diri anda sendiri. Jadi anda mesti berpandangan jauh, bukan sekadar mendapatkan upah atau komisyen di hujung bulan sahaja. Anda mesti berfikiran lebih jauh dari itu.


Ini adalah perniagaan anda sendiri. Sepatutnya anda merancang ke mana hala tuju perniagaan anda dalam masa beberapa tahun akan datang. Adakah anda merancang perniagaan anda semakin baik atau semakin teruk. Adakah anda merancang membuat lebih banyak pendapatan atau merancang pendapatan semakin sedikit. Sudah tentunya anda akan merancang perniagaan anda akan menjadi semakin baik, dan memperolehi pendapatan yang lebih banyak.
Jika hari ini pendapatan komisyen anda ialah sebanyak RM500 sebulan, adakah anda mahu RM500 ini pada 5 tahun akan datang? Saya percaya tentunya anda mahu ia bertambah banyak bukan? Contohnya, seorang perunding mahukan pendapatannya dari RM500 sebulan sekarang bertambah menjadi RM5,000 sebulan dalam masa 5 tahun akan datang. Jadi apakah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mencapai sasarannya 5 tahun akan datang. Mudahnya, di sini kita Cuma perlukan lakukan 3 perkara sahaja, iaitu:
1) Sentiasa membuat jualan tanpa henti
2) Sentiasa merekrut perunding-perunding baru
3) Sentiasa memberikan ‘servis’ kepada pelangan dan perunding kumpulan anda.
Itulah 3 perkara mudah yang mesti anda lakukan untuk berjaya di sini. Bukan sekadar ‘sentiasa’ melakukannya, malah anda mesti meningkatkannya, barulah ada kemajuan di dalam perniagaan anda.


Bercerita kisah menetapkan sasaran anda, saya ada bertemu dengan seorang perunding sambilan baru-baru ini. Dia bekerja di sebuah kilang perindustrian di kulim, berumur dalam lingkungan awal 30. Selalunya saya akan bertegur sapa walaupun bukan dari kumpulan ejensi saya, kerana apa salahnya jika kita bertukar-tukar fikiran. Pada pertemuan itu saya sempat bertanya, “apa khabar? Lama tak nampak” Dia menjawab, dia baik sahaja. Menurutnya lagi, dia hanya bekerja untuk mendapatkan jualan KWSP sebanyak RM35,000 sahaja setiap bulan. Saya bertanya kenapa mesti begitu. Dengan cara itu, dia memperolehi pendapatan tambahan sebanyak RM700 setiap bulan untuk membayar pinjaman kereta sebanyak RM450 dan duit petrol sebanyak RM250. Tambahnya lagi, dia memiliki dan membayar keretanya hanya dengan wang komisyen sahaja dan gajinya disimpan untuk tujuan lain. Saya tersenyum mendengar idea perunding yang bijak ini, bagaimana dia menetapkan sasaran jualannya.


Ingin saya berkongsi kisah perunding hebat ini dengan anda semua. Bolehkah anda lihat, dia telah merancang pendapatan tambahannya itu untuk membeli dan membayar ansuran kereta. Mengikut kiraan saya, jika dia memerlukan RM35,000 jualan KWSP sebulan, dan jika secara purata setiap orang melabur RM5,000 maka dia memerlukan 7 orang pelabur setiap bulan. 7 orang pelabur setiap bulan bukanlah sesuatu yang sukar, malah 10 orang pun boleh, melainkan jika dari awal-awal lagi anda sudah menyerah kalah. Pelaburan skim KWSP adalah pelaburan yang paling mudah untuk pelabur membuat pelaburan kerana mereka tidak merasakan ‘dipaksa’ untuk mengeluarkan wang dari poket mereka.


Pergilah di luar sana, bertegur sapalah dengan sesiapa sahaja yang anda jumpa. Saya berani bertaruh, 10 orang yang anda tegur, 5 orang akan melabur dengan anda. Adakah anda berani melakukannya? Daripada 5 orang yang anda dapati ini, mintalah mereka rujukkan anda kepada saudara atau kenalan mereka. Saya percaya anda akan dapat pelabur lebih dari 5 orang lagi. Apa kata anda mencuba kaedah ini dengan bersungguh-sungguh. Lakukannya sekarang juga, jangan bertangguh lagi. Berhenti membaca artikel ini… mulalah bertindak!


Atau anda sememangnya suka membaca … Kisah di atas, seorang perunding yang menetapkan sasaran komisyennya hanya RM700 sebulan. Anda mungkin pernah mendengar seorang perunding yang memperolehi komisyen RM20,000 sebulan. Hebat bukan? Saya percaya sudah tentu perancangan kerjanya pasti hebat sekali. Sudah tentu juga cara dia bekerja pasti hebat. Pasti cara ke dua-dua perunding ini bekerja tidak sama. Mudahnya, jika anda mahukan RM700 sebulan, sudah tentu cara anda bekerja adalah untuk memperolehi RM700 sebulan. Jika anda bekerja untuk sasaran komisyen RM20,000 sebulan, sudah tentu anda akan bekerja keras untuk tujuan itu. Tetapi ramai orang mengharapkan memperolehi komisyen bulanan yang tinggi, sebaliknya kerjanya tidak seberapa. Dan selalunya harapan akan tinggal harapan sahaja… Ubahlah nasib (masa depan) anda, tiada sesiapapun akan mengubahkannya melainkan anda sendiri… masa depan anda di dalam tangan anda sendiri, anda yang tentukan di mana anda akan berada dalam beberapa tahun akan datang. Pilihan di tangan anda. Andalah yang berhak membuat pilihan…. Binalah masa depan anda yang gemilang.

Wednesday, July 01, 2009

Fokus kepada sale anda

Salam sejahtera semua perunding hebat,
Dah lama saya tidak menulis berkongsi cerita dengan anda semua. Sebenarnya saya dan seorang rakan perunding kita baru sahaja habis menduduki peperiksaan 2 module CFP (certified financial planner) di USM. Jadi banyak tumpuan diberikan kepada study untuk exam.Jadi lepas exam, lega rasanya. Tetapi itu untuk sementara waktu sahaja. Semester depan akan bermula tidak lama lagi...masih ada beberapa module untuk di pelajari dan diuji...

Berbalik kepada kerjaya yang sedang kita lakukan...Apakah kedudukan jualan anda sejak dari awal tahun 2009 sehingga kini sudah habis setengah tahun ini? Saya akui ramai perunding yang terus lenyap akibat krisis ekonomi yang melanda sejak tahun 2008. Semangat yang berkobar-kobar untuk menjana pendapatan impian terus berkubur dihempap malapetaka ini. Di dalam kegawatan ini, sesetengah perunding menganggapkan ia rahmat di mana inilah waktu yang paling sesuai untuk membuat sale. Jika tidak masakan saudara Adam (perunding dari kelantan) membuat sale EPF sahaja setiap bulan melebihi RM1 juta setiap bulan. Hebat bukan?

Mungkin terdetik dihati anda, itu lain, anda tidak berupaya seperti itu. Biarlah saya jelaskan kepada anda. Setiap orang dilahirkan dengan keupayaan yang serupa sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Apa yang membezakan anda dengan orang lain ialah impian anda. Seperti Adam, dia cemburu dengan kawan-kawan yang memandu kereta mewah. Dia irihati dengan 2 orang saudaranya yang kaya raya yang memdiami bungalow mewah. Lalu dia mengimpikan dia juga mampu memiliki semua itu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang, bekerja bersungguh-sungguh memastikan impian itu menjadi kenyataan. Jika tidak bekerja kuat bagaimana mungkin dalam masa 1 tahun sahaja dia sudah mencapai level Agency Manager, dan biarlah saya pecahkan rahsia pendapatannya. Dia memperolehi komisyen minima sekitar RM20,000 sebulan. Anda mungkin berkata anda tidak mampu melakukannya kerana anda bekerja dan menjadi perunding unit trust adalah part time semata-mata. Dan buat makluman anda, adam juga seorang part timer. Beliau juga bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat yang memerlukan tugasan yang berat dilakukan. Tetapi impian dan kemahuan merealisasikan impiannya itu menjadikan segala-galanya adalah mungkin.

Itulah kata saya, jika anda sudah ada impian, kejarlah impian anda sekarang. Tiada sesiapa pun yang akan membantu anda. Mungkin anda berkata nasib si dia itu lebih baik. Percayalah kepada saya, nasib anda akan lebih baik jika anda berusaha keras. Fokus kepada rancangan merealisasikan impian anda. Dan jangan sesekali mudah tergoda perkara-perkara yang anda nampak seperti peluang yang datang membuatkan anda terpesong dari rancangan anda.
Seperti di atas, anda mesti ada impian. Ke dua anda mesti ada rancangan untuk menjadikan impian anda kenyataan. Ke tiga, bekerja keras dan bekerja dengan bijak mengikut perancangan anda. Akhir sekali sentiasa mengukur sejauh mana anda dan impian anda. Yang penting sekali, pastikan semua pekara yang saya kongsikan tuliskan di atas kertas. Dan pastikan anda sentiasa membaca apa yang anda tulis itu setiap hari dan biarkan ia sebati di dalam jiwa anda.

Semoga berjaya

Monday, June 29, 2009

Quote of the day

"Skill to do comes of doing"
Ralph Waldo Emerson, Poet

Wednesday, January 28, 2009

6 steps for burning DESIRE to become millionaire


The method by which DESIRE for riches can be transmuted into its financial equivalent, consists of six definite, practical steps,:

First. Fix in your mind the exact amount of money you desire. It is not sufficient merely to say "I want plenty of money." Be definite as to the amount.

Second. Determine exactly what you intend to give in return for the money you desire. (There is no such reality as "something for nothing.)

Third. Establish a definite date when you intend to possess the money you desire.

Fourth. Create a definite plan for carrying out your desire, and begin at once, whether you are ready or not, to put this plan into action.

Fifth. Write out a clear, concise statement of the amount of money you intend to acquire, name the time limit for its acquisition, state what you intend to give in return for the money, and describe clearly the plan through which you intend to accumulate it.

Sixth. Read your written statement aloud, twice daily, once just before retiring at night, and once after arising in the morning. AS YOU READ--SEE AND FEEL AND BELIEVE YOURSELF ALREADY IN POSSESSION OF THE MONEY.

It is important that you follow the instructions described in these six steps. It is especially important that you observe, and follow the instructions in the sixth paragraph. You may complain that it is impossible for you to "see yourself in possession of money" before you actually have it. Here is where a BURNING DESIRE will come to your aid. If you truly DESIRE money so keenly that your desire is an obsession, you will have no difficulty in convincing yourself that you will acquire it. The object is to want money, and to become so determined to have it that you CONVINCE yourself you will have it.

Only those who become "money conscious" ever accumulate great riches. "Money consciousness" means that the mind has become so thoroughly saturated with the DESIRE for money, that one can see one's self already in possession of it.

You may as well know, right here, that you can never have riches in great quantities, UNLESS you can work yourself into a white heat of DESIRE for money, and actually BELIEVE you will possess it.

There is a difference between WISHING for a thing and being READY to receive it. No one is ready for a thing, until he believes he can acquire it. The state of mind must be BELIEF, not mere hope or wish. Open mindedness is essential for belief. Closed minds do not inspire faith, courage, and belief.

Thursday, January 01, 2009

Tahun baru datang lagi


Tahun 2008 telah pun pergi meninggalkan kita. Tahun baru, tahun 2009 akur muncul untuk bersama kita seperti masa yang lepas-lepas.


Mungkin banyak kenangan pahit yang kita lalui pada tahun 2008, tambahan pula bagi perunding-perunding yang baru sahaja menyertai keluarga besar perunding amanah saham ini. Apa tidaknya, kesan kejatuhan ekonomi global turut membayangi keadaan ekonomi kita meninggalkan kesan kepada semua perunding tidak kira lama atau baru, cuma bezanya, yang baru tersentak seketika malah ada yang terus 'give up', angkat angkat dan tidak mahu memperbaharui lesen sebagai perunding lagi.


Sebenarnya apa yang berlaku sekarang adalah ujian ketahanan untuk semua perunding tidak kira lama atau yang baru. Hanya perunding yang kental sahaja sanggup menunggu dan menikmati suasana 'perit' ini.


Jika kita pandang dari sudut negatif, memanglah ia begitu, keadaan menjadi semakin sukar dan untuk membuat duit di sini ia sesuatu yang payah. Tetapi positifnya, inilah masa yang sesuai untuk melabur dan memperolehi untung besar. Persoalannya, sanggupkah pelabur menunggu masa yang tidak ketahuan lama mana untuk menunggu ini. Dengar khabarnya ramai peramal ekonomi menjangkakan kesan krisis ekonomi kali ini agak serius dan mungkin akan memakan masa yang lama iaitu sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun 2010. Tetapi adakah ia benar?


Ramai pelabur yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Barangkali nak lihat pasaran saham jatuh ke dasar yang paling minima dan ketika itulah mereka akan masuk. Tetapi logiknya tiada sesiapa pun yang tahu ketika manakah ia mencapai dasarnya.


Pendapat saya sendiri, kenapa kita tidak melabur sekarang dengan menggunakan pendekatan 'cost averaging'. Jangan masuk 'banyak-banyak', masuk sahaja sedikit demi sedikit, contohnya ramai pelabur saya membuat 'regular saving' iaitu membuat pelaburan bulanan RM100 setiap bulan, rasa saya itu sudah cukup baik. Kerana jika kita hendak menunggu pasaran mencecah dasar yang paling bawah, adakah kita tahu ianya bila? Atau kita sudah pun terlepas, kerana penghujung bulan Oktober 2008 lepas, KLCI telah pun mencapai kedudukkan paling rendah dalam tahun ini. Sekarang pasaran nampaknya telah pun naik. Tetapi ramai pula pelabur yang mengatakan ia adalah 'window dressing' sahaja. So, bagaimana? Nak tunggu atau nak masuk?


Apa pun, berbalik kepada diri anda, seorang perunding unit amanah. Jika anda mengambil sikap begini juga, menuruti pelanggan anda, maka serius saya katakan anda tiada sebarang 'sale'. Tiada 'sale', maka tiada komisyen, tiada komisyen maka tiada 'income'. Tetapi perlukah anda mengorbankan pelabur anda demi 'kepentingan' anda?


Mengapa kita perlu susah-susahkan diri dan juga pelanggan kita. Mungkin anda boleh buat seperti saya. Iaitu:

1) Minta pelanggan buat 'regular saving' sedikit demi sedikit.

2) Terangkan kepada pelanggan, mereka 'mesti' merancang pelaburan mereka. Lagi lama lagi baik...sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.

3) Jika jumpa pelanggan yang sememangnya hendak melabur dengan jumlah besar, tetapi takut-takut dengan risiko pelaburan, masuk sahaja separuh duit mereka dalam ekuiti yang berprofil sederhana dan separuh lagi di dalam bond atau money market. Atau ke semua sekali di dalam bond atau money market.


Akhir sekali saya, ialah sikap anda sendiri. Semoga tahun baru ini, tahun 2009 membawa bersama peluang-peluang yang hebat untuk kita semua. Kita sendiri yang tentukan apakah corak keputusan yang kita mahukan. Jika kita MEMILIH untuk memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan, maka pastikan usaha kita sama nilainya dengan RM10,000 sebulan, iaitu kerja keras dan bersungguh-sungguh.


Mana mungkin, kita impikan pendapatan RM10,000 sebulan, tetapi usaha kita sekadar cukup makan. Kalau tidak rajin keluar buat 'sale', kalau sentiasa malas, nak duduk kat rumah tengok TV atau main dengan 'anak-anak', tentunya income pun 'ciput' juga. Cuba renung-renungkan sekejap. Adakah mereka yang sudahberjaya itu, bekerja seperti mana kita bekerja? Samakah mereka dengan kita? Mahu tak mahu, ANDA MESTI SERIUS!


Untuk memperolehi pendapatan yang besar atau hebat, atau lebih mudah mudah lagi untuk BERJAYA, ia memerlukan perhatian, kesungguhan, masa, perancangan, istiqamah (fokus) dan pengorbanan anda. Jika main-main, maka pendapatannya atau hasilnya pun main-main sahaja. Betul tak?


So, sekali lagi, anda yang tentukan, anda pilih keputusan yang sebagaimana anda mahu?

Wednesday, November 19, 2008

Quote of the day

"I do not think there is any other quality so essential to success of any kind as the quality of perseverance. It overcomes almost everything, even nature."
John D. Rockefeller

Monday, November 03, 2008


"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams."

Eleanor Roosevelt

Sunday, August 17, 2008

Jangan Menyerah Kalah


Semua orang boleh berhenti dan menyerah kalah, keputusan paling mudah dilakukan sudah banyak yang melakukannya. Jika setiap orang berdedikasi, berkemahuan dan teguh, sudah tentu jumlah yang berjaya lebih besar. Namun hakikatnya kumpulan yang berjaya kecil sahaja, kerana tidak banyak yang sanggup bertahan. Seandainya anda mempunyai keberanian dan kekuatan untuk bertahan lama, pasti peluang untuk berjaya lebih cerah.
Ada beberapa sebab mengapa anda tidak seharus berhenti. Pertama, sifat mudah mengalah boleh menjadi satu tabiat. Jika anda berhenti dan menyerah kalah sekali, adalah lebih senang untuk melakukannya pada kali ke dua dan kali ke tiga dan seterusnya, hingga menjadi tabiat.
Sebab ke dua, dan paling utama, anda mahu menjadi orang yang berguna dan mahu melakukansesuatu yang istimewa dalam hidup. Anda tidak mahu menjadi seperti orang lain iaitu orang biasa (ordinary and average). Jika menyerah kalah, peluang mencapai cita-cita anda akan punah. Kebiasannya, jika anda menyerah kalah sekali, kemungkinan untuk bangkit semula begitu sukar. Ini bermakna anda terpaksa meneria hakikat akan hidup sebagai orang biasa selama-lamanya. Danyang lebih dahsyat lagi, anda akan hidup dengan perasaan bahawa anda telah gagal dalam hidup.
Hakikat kegagalan
Terlampau banyak orang yang takut pada kegagalan sehinggakan mereka tidak berani langsung mencuba sesuatu. Ini menghalang mereka daripada menikmati kejayaan. Jika anda, mempunyai matlamat untuk melakukan sesuatu yang istimewa, pastinya anda terpaksa mengalami sedikit kegagalan dalam perjalanan itu.
Satu yang perlu diingat, kegagalan akan menjadi penghujungperjalanan hanya jika anda membenarkannya. Seandainya satu kegagalan menyebabkan anda terus menyerah kalah, anda memang sebenarnya anda sudah tewas. Hakikatnya, kegagalan itu pentanda kepada jalan untuk berjaya. Inilah yang perlu diserapkan ke dalam sanubari.
Kegagalan hanyalah satu peringkat yang perlu dilalui untuk berjaya. Setiap orang yangbenar-benar berjaya pernah melalui kegagalan pada satu ketika atau peringkat.
Di dalam bukunya, The Renewal factor, Robert Waterman mengatakan bahawa kegagalan itu bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi cuma ‘permainan minda’. Menurut kajiannya, pemimpin agung tidak pernah menggunakan perkataan ‘gagal’, sebaliknya menggunakan perkataan seperti kesalahan, kesilapan dan kepincangan. Mereka tidak pernah melihat diri sebagai orang yang gagal. Kita boleh menganbil iktibar dari sini. Kegagalan itu bukan penghujung jalan – melainkan kita berputus asa dan menyerah kalah. Mencuba dan berusaha adalah lebih baik daripada tidak pernah langsung mengalami kegagalan.
Apabila perjalanan menjadi sukar, banyak yang tawar hati menyebabkan mereka mengurangkan kerja. Ini respon yang salah. Mempelahankan kerja kerana menempuh kesukaran adalah tindakbalas paling tidak tepat. Penawar kepada perasaan tawar hati adalah melipatgandakan usaha. Untuk menikmati satu bentu kejayaan, walau sekecil mana pun, ialah dengan menenangkan fikiran dan mengatasi perasaan takut, serta memotivasikan diri untuk terus berusaha.
Kemungkinannya anda kecewa dan tidak tahu apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Anda tidak boleh berhenti, sebaliknya lakukanlah sesuatu. Tidak ada yang lebih buruk daripada berhenti dan melihat kesemua cita-cita dan impian lenyap dan terbang begitu sahaja. Setiap kali anda melakukan sesuatu, tidak kira apa, anda sebenarnya sedang membina struktur perniagaan anda. ANDA MESTI TERUS BERUSAHA!
Apa yang perlu dilakukan jika berasa mahu berhenti?
Anda ada kemahuan kuat dan sudah berusaha keras. Anda ada impian yang member inspirasi tetapi masih belum berjaya. Anda juga terpaksa berdepan perkara yang benar-benar tidak mahu dihadapi. Apa yang perlu dilakukan?
Inilah masanya untuk membuktikan bahawa anda orang berpendirian. Anda berdepan dengan masalah paling besar pernah dihadapi. Dan anda juga terpaksa berdepan godaan plaing memikat dalam hidup anda – iaitu godaan untuk berhenti dan menyerah kalah. Inilah peringkat yang memisahkan orang yang berjaya dan orang yang tewas.
Gunakan keajaiban 30 hari.
Salah satu jalan terbaik untuk membolehkan anda terus berusaha ialah dengan mempunyai matlamat jangka pendek, yang sama pentingnya dengan matlamat jangka panjang. Kumpulkan tenaga untuk mencapai sesuatu dalam masa 30 hari. Matlamat itu mestilah sesuatu yang sukar dan tujuannya untuk menghidupkan semula peniagaan atau kehidupan anda. Inilah masanya untuk memberikan segala-galanya dan bukanlah waktu membuat kerja secara sederhana atau sambil lewa.
Tetapkan satu matlamat dan rancangkan perlaksanaannya secara berterusan selama 30 hari. Mengapa tiga puluh hari? Ini kerana jangkamasa ini tidak lama untuk anda melihat hasilnya tetapi cukup lama untuk membina momentum kerja. Ikutilah petua ini, Insya- Allah perasaan untuk berhenti akan hilang.

Tuesday, June 17, 2008

Mendapat pelanggan yang BESAR


Memasarkan unit amanah boleh diumpamakan seperti memancing ikan. Untuk mendapat ikan, malah ikan yang besar kita mesti tahu lubuk mana yang harus dipancing. Tidak semua tempat yang ada air, ada ikan.
Kadang-kadang usaha yang gigih sahaja tidak mencukupi. Sepertilah memancing sepanjang hari, tetapi seekor ikan pun tidak dapat dipancing. Maksudnya kita kena membuat kajian (study) terlebih dahulu lubuk mana yang kita akan pancing. Ikan apa yang ada di situ dan apakah kaedah yang paling sesuai untuk digunakan.
Pertama sekali, lubuk mana yang kita hendak pergi memancing. Buat senarai pendek. Contohnya, anda ingin mendapat tahu, satu kawasan yang mana tanah mereka diambil oleh kerajaan atau swasta untuk sesuatu projek seperti jalanraya, perumahan, hospital, lapangan terbang dan sebagainya. Mereka ini sudah pastinya mendapat sejumlah wang pampasan yang banyak. Jangan mengira seorang dua penduduk yang mendapat pampasan tersebut. Ambil kira kesemuanya sekali. Think BIG. Sudah pasti jumlahnya sangat besar seperti RM14 million. Ini jumlah yang sudah cukup baik yang membolehkan anda membuat sale yang besar. Katakan dari keseluruhan jumlah anda cuma dapat 30% sahaja, itu cukup baik. tetapi pastikan usaha anda mestilah 100%. Tiada jalan mudah untuk berjaya.
Bila sudah mengenal pasti kawasan yang anda akan pancing. Buat persediaan yang mencukupi. Siapkan segala peralatan. Jika anda memasarkan unit amanah, sediakan segala brochure, phamplet, kain rentang dan sebagainya. Jika anda rasakan seorang diri tidak boleh, kenapa tidak mengajak partner anda.
Bila segalanya sudah bersedia, jangan bertangguh lagi. Masuk sahaja ke kawasan itu. hebahkan ketibaan anda. Anda boleh pergi rumah ke rumah, ke kedai kopi, jumpa terus dengan ketua kampung atau JKK, atau yang berpengaruh di situ. Hebahkan siapa anda dan apakah produk anda. pasangkan kain rentang anda di mana-mana. kalau perlu buka kaunter, lakukan sahaja secepat yang mungkin. Dapatkan seberapa ramai nama prospek pelabur anda (sudah tentu anda mesti tumpukan kepada mereka yang mendapat pampasan). Kumpulkan nama-nama mereka yang mendapat pampasan seramai yang mungkin. Jangan ambil nama sahaja, dapatkan nombor telefon dan alamat mereka.
Jangan berkunjung sekali sahaja ke tempat itu. Ingat, tujuan anda ialah untuk mendapat ikan BESAR, jadi selepas hari ini, datang lagi berjumpa mereka. Kunjung dan kunjungi mereka sehinggalah mereka merasakan benar-benar mengenali anda dan anda boleh dipercayai.
Bermula dari ini anda kena mula mengisi borang pelaburan dan menyenarai apakah dokumen-dokumen lain yang perlu mereka bawa ke bank nanti. Jangan tinggal mereka sendirian. Kalau perlu bawa mereka ke bank atau jumpa mereka di bank yang telah dijanjikan. Ulangi kunjungi mereka sehinggalah habis semua ikan telah anda pancing.
Sekali ikan yang besar terkena pancing, sudah tentu hasilnya lumayan. Sepertilah kita dapat 'closing' satu customer yang besar, maka berbulanlah atau bertahunlah kita menikmati hasilnya. Anda mungkin sukar untuk closing satu kes RM1 juta, tetapi saya rasa tidak sukar untuk closing 10 kes RM100 ribu. Yakin dan percayalah kepada diri anda sendiri. Hari ini mesti lebih dari semalam. Dan esok mesti lebih dari hari ini. Jangan sekali-kali anda berputus asa.




Wednesday, March 26, 2008

What do U want?

What do you want?
Always asking to yourself, “What do you want?”

Sentiasa bertanya kepada diri anda sendiri, “apakah yang anda inginkan?”
Di dalam hidup ini, apakah yang benar-benar anda inginkan. Setelah apa yang anda lalui di masa yang lepas, apakah yang ingin anda miliki atau perolehi, tanyalah kepada diri anda. Jawablah dengan sejujur-jujurnya. Opps.. nanti dulu, jangan jawab dengan melulu, tanpa berfikir panjang.
Fikirlah apakah yang bermain di minda anda. Setelah anda yakin, susunlah ayat-ayatnya dengan baik sebelum melontarnya keluar dari mulut anda.

Contohnya seorang kawan memberikan jawapan seperti ini.

“Saya sudah bosan dengan kehidupan saya sebelum ini yang kucar-kacir. Saya inginkan kehidupan yang lebih baik. Hari-hari yang saya lalui lebih tenang dan ceria. Saya mahu mempunyai wang yang cukup sebelum hujung bulan dan saya mempunyai lebihan untuk menabung demi masa depan anak-anak saya. Saya mahukan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia”

Atau seorang kawan lagi memberikan jawapan seperti berikut.

“Saya sudah letih untuk bekerja membina impian orang lain. Saya juga mempunyai impian saya sendiri. Saya akan bekerja membina impian saya sendiri. Tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk menentukan apakah nasib saya, lebih-lebih lagi untuk menentukan berapakah gaji yang saya patut dapat di hujung bulan. Ini adalah diri dan keluarga saya. Saya yang akan tentukan berapa pendapatan saya. Dan sudah tentunya saya akan memberikan yang terbaik kepada kepada diri dan keluarga saya”

Anda boleh memberikan jawapan anda sendiri. Dan saya percaya anda sudah tahu apakah yang anda inginkan.

Apa yang yang saya ingin katakan ialah, jawapan yang akan anda berikan itulah yang akan menjadi pilihan anda. Ingatlah, anda selalunya mendapati apa yang telah anda pilih.

Jadi jangan menyesal dengan pilihan anda. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak.

Wednesday, February 20, 2008

Quote of the day

"Every choice you make has an end result."
- Zig Ziglar, Author -

Saturday, October 20, 2007

Bertindaklah segera!



"Increase Your Contacts, Expand Your Influence and Build Your Business Faster!"



Ini adalah kata-kata dari Brian Tracy yang sempat saya petik. Kalau saya 'translate' ke bahasa ia bermaksud, " tingkatkan bilangan kenalan/pelanggan, luaskan pengaruh anda dan bina perniagaan anda secepat yang mungkin!"



Dengan keadaan hari ini, bilangan perunding yang semakin bertambah (dengan begitu drastik sekali), anda tidak boleh teragak-agak atau bertangguh untuk menelefon prospek pelanggan atau keluar membuat pemasaran.

Semakin lama anda mengambil masa untuk bertindak, saingan anda (yang juga perunding dari syarikat yang sama) akan meluaskan 'kontek' dan pengaruh mereka. Hanya mereka yang pantas sahaja akan berjaya.

Hari ini, bukan lagi kemungkinan malah ianya satu kemestian, anda terpaksa mengorban masa anda, wang ringgit, memerah tenaga dan menggerakkan minda anda untuk berada dihadapan mengatasi saingan anda.

Percayalah kepada saya, berusahalah bersungguh-sungguh untuk dua tahun pertama anda di awal penglibatan anda sebagai perunding unit amanah. Tumpukan perhatian anda kepada 3 perkara utama, pertama kumpulkan bilangan pelanggan anda seramai yang mungkin. Kedua, rekrutlah perunding baru seramai yang mungkin dan yang ketiga, servislah pelanggan anda dan 'downline' anda sebaik yang mungkin.

Jika tiga perkara ini anda lakukan dengan konsisten, pada tahun ke 3 anda sudah boleh melihat hasilnya yang pasti hebat yang mungkin di luar jangkaan anda selama ini.

so, jangan buang masa. Bertindaklah sekarang juga.

Qoute of the day

"Successful people are always looking for opportunities to help others. Unsuccessful people are always asking, "What's in it for me?"

-- Brian Tracy

Friday, September 07, 2007

Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary


Wawancara Bersama Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary
Petikan dari Utusan Malaysia
"Orang Melayu boleh berjaya asal tekun berusaha serta sabar diuji masa -- Atasi sikap malu dan malas"
MUKADIMAHJARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.
Isu yang dibincangkan hanya satu - tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
``Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.
Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.``Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,'' katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.
Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.
``Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,'' katanya. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: ``Saya mahu membela diri.''
``Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.''
MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.
MINGGUAN: Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?
SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.
Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.
MINGGUAN: Ini tentang know how atau know who?
SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.
Dasar DEB itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.
Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri - dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.?
SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha. Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.
MINGGUAN: Maksudnya kena sabar menunggu?
SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.
MINGGUAN: Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?
SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.
Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.
MINGGUAN: Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?
SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.
Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.
Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.
MINGGUAN: Maksudnya?
SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.
MINGGUAN: Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?
SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.
Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.
Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.
MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?
SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.
MINGGUAN: Kenapa ini berlaku?
SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.
MINGGUAN: Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?
SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
MINGGUAN: Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?
SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya. MINGGUAN: Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?
SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.
Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.
Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.
MINGGUAN: Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?
SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.
Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
MINGGUAN: Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?
SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam - 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam. Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.
MINGGUAN: Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?
SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi. Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.
MINGGUAN: Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?
SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya. Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu. Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?
MINGGUAN: Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.
SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa? Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja. Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang. Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
MINGGUAN: Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?
SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita. Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri - syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang. Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga - bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu. Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini. Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.
MINGGUAN: Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya. Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.
MINGGUAN: Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?
SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan. Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
MINGGUAN: Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?
SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang. Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi. Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumban semula kepada masyarakat. Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.
MINGGUAN: Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?
SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
MINGGUAN: Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?
SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.
Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.
Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.
MINGGUAN: Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?
SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa. Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.
MINGGUAN: Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?
SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju. Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa. Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
MINGGUAN: Bolehkah orang Melayu maju?
SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
MINGGUAN: Cara hidup Tan Sri bagaimana?
SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus. Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.
MINGGUAN: Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.
SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.
Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.
MINGGUAN: Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?
SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.
MINGGUAN: Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?
SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
MINGGUAN: Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?
SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.
Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
MINGGUAN: Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?
SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.MINGGUAN: Kenapa beri wawancara sekarang?
SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.
Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.
Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu.
BACA :
Bank Muamalat milik Tan Sri Mokhtar
Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary Derma RM127 juta
Bina Universiti di Johor bernilai RM 700 juta